Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan sikap kerja profesional dalam bidang pentadbiran pejabat yang diperlukan oleh sektor perkhidmatan dan perniagaan.

Kursus ini dirancang untuk melahirkan pegawai pentadbiran pejabat yang cekap, sistematik dan profesional dalam menguruskan operasi harian pejabat, menyelaras aktiviti organisasi, serta menggunakan teknologi pejabat moden dengan berkesan. Peserta kursus akan dilatih untuk menjalankan tugasan seperti mengurus surat-menyurat, penyediaan dokumen, pengurusan rekod, khidmat pelanggan dan penyelarasan mesyuarat.

Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan kerja dan latihan praktikal, kursus ini juga menekankan pembangunan soft skills seperti komunikasi, kerja berpasukan, pengurusan masa, dan etika kerja. Kursus ini sangat relevan bagi mereka yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang pengurusan pejabat atau meningkatkan tahap kemahiran sedia ada untuk kemajuan kerjaya.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1 Pemohon hendaklah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Pemohon hendaklah berumur:

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 50


Dan

3. KELAYAKAN AKADEMIK
3.1 Pemohon hendaklah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. LAIN-LAIN SYARAT
4.1 Pemohon hendaklah
1. Tiada rekod jenayah
2. Sihat tubuh badan, tidak rabun warna, 4M (Minat, membaca, menulis, mengira)


Dan

5. syarat tambahan
5.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Setiausaha, Pegawai Khas, Pegawai Eksekutif, Admin, Penyelia Tadbir & Pembantu Tadbir.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI KEMAHIRAN MAA
Alamat
1ST FLOOR, LOT 7, BLOCK B, BANDAR MELROSE,
MILE 3.5, NORTH ROAD, 90000 SANDAKAN,
SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
DES MARIANTI BINTI AMBO AWE
Telefon
0195563634
Emel
contact@maagroup.com.my
Laman Web
www.maagroup.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
LAPTOP PENGAJIAN DISEDIAKAN
LATIHAN INDUSTRI 3 BULAN
TENAGA PENGAJAR BERPENGALAMAN
;