Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Electrical TVET (Kod F432-005-3:2019) adalah program latihan kemahiran yang bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan pembaikan sistem elektrik tiga fasa. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran teknikal dan pengetahuan teori yang diperlukan untuk bekerja dalam industri elektrik di sektor domestik, komersial, dan industri.
Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek pendawaian elektrik tiga fasa, penyelenggaraan sistem elektrik yang lebih kompleks, serta pematuhan kepada piawaian keselamatan elektrik berdasarkan peraturan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Akta Bekalan Elektrik 1990. Program ini juga membolehkan pelajar memperoleh sijil yang diiktiraf, membolehkan mereka bekerja sebagai juruteknik elektrik bertauliah atau meneruskan ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Sepanjang menjalani program ini, Pelatih akan menjalani kaedah latihan 70% secara amali dan 30% secara teori
Silibus / Topik yang akan dipelajari adalah:
a) Three Phase Drawing
b) Three Phase Wiring
c) Three Phase System Maintenance
d) Three Phase Motor Installation
e) Three Phase Wiring Testing and Commissioning
f) Electrical Building Automation System Installation
g) Electrical Installation & Maintenance Supervisory
Maklumat Latihan TVET
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45
Dan
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan