Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program ini dibangunkan berasaskan kemahiran SKM 3 bagi meningkatkan kecekapan pedagogi dan intelektual dalam pengurusan awal kanak-kanak. Berpandukan silibus PERMATA, ia merangkumi tujuh bidang utama perkembangan kanak-kanak:
1. Perkembangan Fizikal
2. Perkembangan Matematik Awal dan Pemikiran Logik
3. Perkembangan Deria dan Dunia Persekitaran
4. Perkembangan Bahasa dan Literasi Awal
5. Perkembangan Sosio-Emosi dan Spiritual
6. Kreativiti dan Estetika
Menggabungkan teori dan latihan praktikal di industri (Pusat Jagaan Kanak-kanak), peserta dinilai secara menyeluruh berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia, sekali gus memastikan pengalaman pembelajaran yang komprehensif. Kanak-kanak dalam Jagaan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu bayi (0–12 bulan), kanak-kanak tatih (1–2 tahun) dan kanak-kanak berumur 3–4 tahun.