Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Permintaan untuk kakitangan pengurusan pentadbiran yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang
pekerjaan ini semakin meningkat. Oleh yang demikian, keperluan untuk memenuhi kekurangan tenaga mahir dalam
bidang ini perlu ditambahbaik. Justifikasi ini adalah berdasarkan senario permintaan dan penawaran tenaga kerja
dalam bidang pengurusan pentadbiran yang sangat kritikal disebabkan sifat kerja yang memerlukan kecekapan bagi
melaksanakan pelbagai aktiviti kerja teknikal atau profesional yang kompleks.
Peranan dan tanggungjawab terhadap kerja-kerja pemantauan kakitangan bawahan dan peruntukan sumber juga
perlu dilaksanakan dengan berhemah. Ini adalah antara peranan yang perlu dilaksanakan oleh kakitangan pengurusan
pentadbiran bagi memastikan kelancaran operasi pengurusan di tempat kerja. Oleh itu, program ini akan memberikan
gambaran secara langsung kepada pelajar mengenai persekitaran kerja dalam pengurusan pentadbiran.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
5 Bulan
Prospek Kerjaya
PENSYARAH TVET PROGRAM (FB-025-4:2012) atau PEMILIK SYARIKAT SDN BHD/ENTERPRISE atau BEKERJA DI SYARIKAT SWASTA/KERAJAAN sebagai: - Penolong Pegawai Tadbir - Setiausaha Eksekutif - Pembantu Peribadi - Pegawai Khas - Pegawai Eksekutif - lain-lain jawatan yang bersesuaian

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI TVET UNIRAZAK (CAWANGAN KUCHING)
Alamat
AKADEMI TVET UNIRAZAK (ATUR KUCHING)
TINGKAT 1, LOT 215
JALAN HAJI TAHA,
93400, KUCHING
SARAWAK
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
MUHAMMAD AMINUDDIN BIN MALEK
Telefon
082413811
Emel
aminuddin@sidmasarawak.net
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Hostel dan Pengangkutan ke kolej disediakan
;