Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Permintaan untuk kakitangan pengurusan pentadbiran yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang
pekerjaan ini semakin meningkat. Oleh yang demikian, keperluan untuk memenuhi kekurangan tenaga mahir dalam
bidang ini perlu ditambahbaik. Justifikasi ini adalah berdasarkan senario permintaan dan penawaran tenaga kerja
dalam bidang pengurusan pentadbiran yang sangat kritikal disebabkan sifat kerja yang memerlukan kecekapan bagi
melaksanakan pelbagai aktiviti kerja teknikal atau profesional yang kompleks.
Peranan dan tanggungjawab terhadap kerja-kerja pemantauan kakitangan bawahan dan peruntukan sumber juga
perlu dilaksanakan dengan berhemah. Ini adalah antara peranan yang perlu dilaksanakan oleh kakitangan pengurusan
pentadbiran bagi memastikan kelancaran operasi pengurusan di tempat kerja. Oleh itu, program ini akan memberikan
gambaran secara langsung kepada pelajar mengenai persekitaran kerja dalam pengurusan pentadbiran.
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
TINGKAT 1, LOT 215
JALAN HAJI TAHA,
93400, KUCHING
SARAWAK