Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Operasi Penyeliaan Percetakan Ofset Litografi Tahap 3 direka khas untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu mengendalikan, menyelia serta menyelesaikan masalah teknikal dalam proses percetakan ofset.
Pelajar akan didedahkan kepada kemahiran profesional seperti penyediaan bahan cetak, penyelenggaraan mesin, penyelesaian masalah semasa dan selepas proses cetak, serta pengurusan pengeluaran percetakan.
Melalui latihan berasaskan industri (work-based learning) dan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, pelajar akan menguasai kemahiran praktikal dan pengetahuan teknikal yang diperlukan dalam industri percetakan moden. Kursus ini juga menekankan aspek kualiti cetakan, keselamatan kerja, serta penggunaan teknologi terkini dalam pengurusan produksi ofset.
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
14300 NIBONG TEBAL,
SEBERANG PERAI SELATAN