Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Graphic Design Tahap 3 direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang reka bentuk grafik yang kreatif, inovatif dan kompeten sejajar dengan keperluan industri kreatif semasa. Pelajar akan diberi pendedahan menyeluruh dalam aspek teori dan amali yang berkaitan dengan penghasilan rekaan grafik profesional.

Melalui kursus ini, pelajar akan mempelajari kemahiran utama seperti Core Layout Design, Design Colour, Concept Design, Typography Design, Image Manipulation, Graphic Illustration serta proses penting dalam Final Artwork (FA) Confirmation. Selain itu, modul elektif seperti Computer Software and Hardware Troubleshooting turut disertakan bagi memperkukuh kecekapan pelajar dalam mengendalikan perisian dan perkakasan komputer yang digunakan dalam industri reka bentuk.

Setelah menamatkan kursus ini, pelajar berupaya menghasilkan reka bentuk grafik yang memenuhi piawaian industri, menguasai teknik manipulasi imej secara profesional, serta mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai bidang pekerjaan kreatif seperti agensi reka bentuk, percetakan, penerbitan dan media digital.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
5 Bulan
Prospek Kerjaya
• Graphic Designer • Desktop publishers • Post Production • Advertising firm • Education • Prepress technicians and workers

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS NIBONG TEBAL (ILP NIBONG TEBAL)
Alamat
JALAN BUKIT PANCHOR,
14300 NIBONG TEBAL,
SEBERANG PERAI SELATAN
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
FAIRUZ SYATILLA BINTI ROZAINI
Telefon
04-5956000/ 6019/ 6015/ 6046
Emel
fsyatilla@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilpapnt.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
;