Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, kemahiran menggunakan komputer bukan lagi sekadar pilihan, malah merupakan satu keperluan. Kursus **SmartWord** hadir sebagai langkah pertama yang menyeronokkan bagi kanak-kanak berumur 9 tahun ke atas untuk mengenali dunia penulisan digital melalui aplikasi Microsoft Word. Kursus ini direka khas untuk mengubah persepsi bahawa belajar komputer itu sukar, dengan membawakan suasana pembelajaran yang interaktif dan penuh kreativiti.

Di dalam kursus ini, para peserta bukan sahaja diajar cara menaip dengan betul, malah mereka akan diterokai dengan pelbagai fungsi "magis" yang ada dalam Microsoft Word. Bermula daripada asas mengenali papan kekunci, murid-murid akan dibimbing untuk mencantikkan tulisan dengan pelbagai warna dan gaya, memasukkan gambar, serta menyusun dokumen dengan kemas. Matlamat utama SmartWord adalah untuk membina keyakinan diri murid supaya mereka mampu menyiapkan tugasan sekolah, menulis cerita pendek, atau menghasilkan poster kreatif dengan usaha mereka sendiri.

Apa yang membezakan SmartWord dengan kelas komputer biasa adalah pendekatannya yang mesra kanak-kanak. Setiap modul disampaikan melalui aktiviti praktikal yang merangsang imaginasi. Kami percaya bahawa apabila kanak-kanak menguasai Microsoft Word, mereka sebenarnya sedang membuka pintu kepada kemahiran komunikasi yang lebih luas untuk masa hadapan mereka. Mari sertai kami di SmartWord dan lihatlah bagaimana jari-jemari kecil ini mampu menghasilkan karya digital yang hebat dan profesional!

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Tiada Tahap
Syarat Kelayakan
1. Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 13
Umur Maksimum : 70


Dan

3. Boleh membaca dan menulis
3.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

Tempoh Pengajian
5 Jam
Prospek Kerjaya
-

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Alamat
LEBUHRAYA TUN ABDUL RAZAK,26700,MUADZAM SHAH ,PAHANG
Negeri
PAHANG
Penyelaras
-
Telefon
09-4502005
Emel
fatihah@pms.edu.my
Laman Web
http://www.pms.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus dilaksanakan pada hujung minggu
;