Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Diploma Teknologi Instrumen (Kawalan Proses) direka untuk melahirkan tenaga kerja teknikal yang kompeten dalam bidang pengukuran, kawalan, dan automasi proses industri. Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran praktikal dan teori berkaitan sistem instrumen moden yang digunakan secara meluas dalam sektor perindustrian seperti minyak & gas, petrokimia, penapisan, pemprosesan makanan, dan tenaga.Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai komponen dan sistem seperti sensor, transduser, pengawal logik boleh atur (PLC), sistem SCADA, sistem pneumatik dan hidraulik, serta teknik kalibrasi dan penyenggaraan peralatan kawalan proses. Latihan amali dijalankan di makmal khas serta melalui penempatan industri (latihan industri) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Kurikulum kursus ini direka berdasarkan kehendak industri semasa dan memenuhi standard kompetensi yang diperlukan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam bidang automasi dan kawalan proses industri.