Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini direkabentuk supaya dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan telekomunikasi serta elektrikal/elektronik . Kurikulum kursus ini mengandungi asas-asas sistem rangkaian telekomunikasi, PABX, sistem komunikasi analog dan digital, sistem pendawaian fiber optic dan copper , penggunaan lurang (mainhole) dan tiang (pole) dan juga penggunaan teknologi terkini iaitu teknologi tanpa wayar (wireless) 5G/4G/3G dan 2G. Teknologi Point to Point wireless communication, enterprise access point, Fiber to the home (FTTH), Voice over internet protocol (VoIP) dan penyelenggaraan rangkaian telekomunikasi juga dimasukkan ke dalam silibus bidang telekomunikasi tersebut.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Para graduan berpeluang menjawat jawatan sebagai Pembantu Jurutera Telekomunikasi di sektor awam atau swasta seperti Telekom Malaysia, Astro Broadcast Asia Sdn Bhd , RTM,TV3, Malaysia Airport, Maxis, Celcom,Digi dan lain-lain syarikat berkaitan industri telekomunikasi.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS KULIM (ADTEC KULIM)
Alamat
LOT 635, JALAN MAHANG, 09700 KARANGAN, KEDAH.
Negeri
KEDAH
Penyelaras
SABARINA BINTI ISMAIL
Telefon
044042975
Emel
norliza@jtm.gov.my
Laman Web
www.adteckulim.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)
;