Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus pembuatan pastri tahap 3 merupakan satu program latihan kemahiran yang direka khusus untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pastri dan konfeksi. Kursus ini menawarkan pembelajaran yang lebih mendalam dan berstruktur, merangkumi pelbagai teknik lanjutan dalam penyediaan pastri moden, dekorasi pencuci mulut, kawalan mutu serta pematuhan piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.
Pelatih akan didedahkan kepada pelbagai aspek teori dan amali yang relevan, termasuk pengurusan dapur pastri, perancangan pengeluaran produk, serta inovasi dalam rekabentuk dan persembahan produk. Di akhir kursus, peserta diharapkan mampu menghasilkan produk pastri berkualiti tinggi yang menepati kehendak industri hospitaliti dan katering, serta berupaya berdikari sama ada sebagai pekerja mahir atau usahawan dalam bidang ini.
Kursus ini selaras dengan standard kemahiran kebangsaan (noss) dan merupakan platform terbaik bagi individu yang ingin meningkatkan tahap kemahiran dari asas ke tahap pertengahan dan seterusnya ke tahap profesional dalam dunia pastri.
Maklumat Latihan TVET
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 30
Dan
Dan
PEMBUATAN PASTRI [HT-014-2:2011]
Dan
Dan
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
ii. Pembuat Kek/Baker
iii. Usahawan Bakeri/kafe
iv. Tenaga Pengajar
v. Executive Chef
vi. Penyedia Perkhidmatan Katering
vii. Food Content Creator
viii. Pereka kek (Cake Designer)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
2. Perkhidmatan dobi layan diri
3. 10KM dari pusat bandar Bentong
4. Berdekatan pasaraya