Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Penyeliaan Operasi Makanan dan Minuman melibatkan pelbagai aktiviti yang melibatkan kakitangan terus daripada mengawal pengebilan dan juruwang, mengendalikan tempahan, mengawal inventori, mengekalkan kualiti perkhidmatan secara berterusan dan mengendalikan pelbagai acara yang disediakan. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari kemahiran komunikasi yang baik supaya mereka boleh berinteraksi dengan tetamu dan menerima arahan daripada pihak atasan dan orang lain. Seterusnya, ini memudahkan pelajar untuk mengaplikasikan semula dalam dunia pekerjaan ataupun di dalam perniagaan sebenar mengikut keperluan industri.Kursus ini memberi pendedahan mengenai tugas dan tanggungjawab umum dan khusus sebagai seorang krew F&B. Kursus ini juga akan membantu pelajar menguasai perkara-perkara asas di dalam operasi makanan dan minuman. Selain itu, diberi penekanan mengenai kebersihan, keselamatan dan sanitasi di tempat kerja serta menjalankan operasi perkhidmatan makanan dan minuman kepada pelanggan. Seterusnya, ini memudahkan pelajar untuk mengaplikasikan semula dalam dunia pekerjaan ataupun di dalam perniagaan sebenar mengikut keperluan industri.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 30


Dan

2. Status Perkahwinan
2.1
1. Bujang


Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Warganegara
4.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

5. Syarat Tambahan
5.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Penyelia restoran/ outlet
2. Penyelia banquet
3. Penyelia katering / kafe
4. Usahawan
5. Tenaga pengajar/konsultan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ YAYASAN FELDA KAMPUS MEMPAGA
Alamat
TAMAN FELDA JAYA, MEMPAGA, JALAN MEMPAGA MUKIM SABAI,
Negeri
PAHANG
Penyelaras
MUHAMMAD MAHFUZI BIN SULAIMAN
Telefon
09-2231 596
Emel
kyfmempaga@gmail.com
Laman Web
yayasanfelda.org

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Makan minum & penginapan (Asrama) secara percuma
2. Perkhidmatan dobi layan diri
3. 10KM dari pusat bandar Bentong
4. Berdekatan pasaraya
;