Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Diploma Kompetensi Elektrik (Industri) bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas teknikal berkaitan sistem elektrik dengan cekap dan selamat. Graduan program ini dilatih untuk mengaplikasikan pengetahuan teori serta kemahiran amali dalam kerja -kerja pendawaian elektrik di pelbagai sektor industri, Memasang kelangkapan elektrik sesuatu bangunan, membaiki kerosakan alat-alat kelengkapan elektrik dan bertanggungjawab membaik pulih sistem elektrikal dan kerja-kerja wiring.
Selain itu, program ini turut menekankan pembangunan kemahiran insaniah seperti komunikasi berkesan, kerja berpasukan, kepimpinan, dan etika profesional bagi melahirkan tenaga kerja yang berdisiplin serta bertanggungjawab terhadap budaya kerja dan masyarakat. Graduan juga digalakkan mengembangkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat sebagai persediaan menghadapi perubahan teknologi dan peluang kerjaya dalam industri elektrik yang semakin berkembang.
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
ALUR LINTANG
22200 BESUT
TERENGGANU
Lain-lain Maklumat
Elaun Sara diri diberi sebanyak RM300/bulan dan juga hostel penginapan disediakan oleh Pusat Bertauliah. Kandungan kursus yang ditawarkan meliputi Kursus Umum, Modul Penyedia TVET, Modul Teras dan Latihan Industri (OJT)