Kursus TVET

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA PENGAJARAN TVET (TVET I)

K01517

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST) , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Kursus Diploma Kemahiran Malaysia Pengajaran TVET adalah berkaitan dengan kaedah dan teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi individu yang ingin menjadikan bidang pengajar TVET sebagai satu karier. Kursus ini mendedahkan pelajar kepada teknik mengajar termasuklah latihan pembangunan soalan teori dan amali dalam bidang kemahiran masing- masing. Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 9 bulan menggunapakai NOSS Pengajaran TVET (P853-002-4:2021) sebagai garis panduan asas. Pelaksanaan kursus adalah 3 bulan teori (Metodologi) dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta. Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan DIPLOMA PENGAJARAN TVET (TVET I) TAHAP 4 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kursus ini ditawarkan di Kampus CIAST SEGAMAT, Johor

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
9 Bulan
Prospek Kerjaya
Melahirkan tenaga pengajar di dalam memperkukuhkan profesionalisme TVET bagi memenuhi keperluan institusi latihan kemahiran negara.
Menyumbang kepada Personel SPKM di dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
Membuka peluang dan landasan bagi peningkatan Penyedia Latihan baharu di dalam memenuhi keperluan kemahiran, perkembangan teknologi dan perubahan generasi baru.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon adalah :
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Had umur pemohon adalah :

Umur Minimum : 20
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Syarat Wajib
Mempunyai sekurang- kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3); atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang NOSS yang berkaitan.
Memiliki Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3 Atau Ke Atas

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
Alamat
JALAN PETANI 19/1, 40900 SHAH ALAM, SELANGOR.
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
Ts. ZURAINI BINTI ISMAIL (LAIN- LAIN), SURINAH BINTI SIRON (CIAST SEGAMAT)
Telefon
0355438200
Emel
pengambilan@ciast.gov.my
Laman Web
www.ciast.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Lokasi kursus di Kampus CIAST Segamat, Johor.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
i. Elaun sara diri;
ii. Asrama disediakan;

PIHAK CIAST TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA AGEN ATAU PIHAK KETIGA SEBAGAI WAKIL UNTUK BERURUSAN BERKENAAN KEMASUKAN. PERMOHONAN KEMASUKAN HANYA MELALUI PORTAL https://mohon.tvet.gov.my
;