Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Operasi Teknologi Kimpalan Arka [C259-008-3:2025] merupakan satu program TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kimpalan arka, selaras dengan keperluan industri pembuatan dan pembinaan moden. Program ini memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran praktikal dan teori berkaitan pelbagai proses kimpalan arka, termasuk SMAW (Shielded Metal Arc Welding), GMAW (Gas Metal Arc Welding), GTAW (Gas Tungsten Arc Welding) dan FCAW (Flux-Cored Arc Welding).
Sepanjang program ini, pelatih akan didedahkan kepada aspek keselamatan pekerjaan, penyediaan peralatan, teknik pemeriksaan kimpalan, serta amalan kerja yang memenuhi standard industri. Latihan berasaskan kerja (WBL - Work-Based Learning) juga diterapkan bagi memastikan pelatih memperoleh pengalaman langsung di tempat kerja sebenar.
Program ini selaras dengan keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan menyasarkan pelatih yang ingin membina kerjaya sebagai Jurukimpal Arka yang berkemahiran tinggi, berdisiplin serta mampu bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Atau
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45
Atau
Atau
Atau
Butiran Penyedia Latihan TVET
PREMIS TAMBAHAN:
BANGUNAN I-SYSTEMS, 1, JALAN USAHA JAYA, TAMAN MUARA TABUAN, 93350 KUCHING,