Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program ini dirangka berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang reka bentuk grafik digital yang berupaya memenuhi kehendak industri kreatif dan komunikasi visual masa kini. Pelajar akan didedahkan kepada asas dan kemahiran teknikal dalam penggunaan perisian reka bentuk grafik komputer, termasuk penghasilan karya digital seperti logo, ilustrasi, poster, bahan promosi, dan reka bentuk identiti korporat. Kandungan program turut menekankan aspek prinsip seni dan elemen reka bentuk, tipografi, teori warna, fotografi digital, dan komunikasi visual, selaras dengan keperluan industri kreatif yang dinamik. Sebagai sebahagian daripada keperluan program, pelajar akan menjalani Latihan Industri di syarikat reka bentuk, agensi pengiklanan, penerbitan atau studio kreatif bagi memperkukuh kemahiran teknikal dan membina pengalaman kerja sebenar sebelum menceburi alam kerjaya.
Setelah menamatkan program ini, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan prinsip dan elemen asas reka bentuk grafik mengikut kehendak industri kreatif.
2. Mengaplikasikan perisian reka bentuk komputer seperti Adobe Photoshop, Illustrator, dan InDesign dalam penghasilan karya digital.
3. Mencipta konsep visual dan identiti jenama berdasarkan keperluan pelanggan atau organisasi.
4. Menghasilkan bahan grafik yang kreatif, berkesan dan menepati piawaian komunikasi visual.
5. Mengurus proses kerja reka bentuk daripada idea awal hingga ke penyampaian hasil akhir secara profesional.
6. Mengamalkan etika kerja, disiplin diri dan komunikasi berkesan dalam persekitaran kerja reka bentuk.
7. Menggunakan kemahiran analisis dan pemikiran kreatif untuk menyelesaikan masalah reka bentuk.
8. Mengintegrasikan pengalaman latihan industri untuk meningkatkan kemahiran teknikal, kreativiti dan kebolehpasaran diri dalam industri reka bentuk grafik.
Pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM 2) dalam bidang JAHITAN PAKAIAN LELAKI (C141-001-2:2017) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Terdiri daripada golongan asnaf dengan pendapatan keluarga tidak melebihi had al kifayah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1. Elaun bulanan sebanyak RM200.00.
2. Elaun bulanan latihan industri (3 bulan) sebanyak RM500.00.
3. Kemudahan peralatan dan pemberian bahan latihan percuma.
4. Kemudahan asrama dan dewan makan percuma (pelajar diwajibkan tinggal di asrama).