Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program ini direka berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang operasi seni kulinari. Ia merupakan program peningkatan tahap yang lebih memberi penekanan terhadap kemahiran lanjutan dalam penyediaan, penghasilan, persembahan, dan pengurusan operasi dapur secara profesional. Pelajar akan didedahkan kepada teknik masakan tempatan dan antarabangsa, kawalan kualiti makanan, perancangan menu, kos bahan mentah serta penggunaan peralatan dapur komersial mengikut standard industri hospitaliti. Selain itu, program ini turut menekankan aspek kepimpinan, komunikasi berkesan dan keusahawanan dalam bidang kulinari, selaras dengan keperluan industri makanan moden. Sebagai sebahagian daripada keperluan program, pelajar akan menjalani Latihan Industri di hotel, restoran atau syarikat katering terpilih untuk mendapatkan pengalaman sebenar dalam operasi dapur profesional dan suasana kerja industri.
Setelah menamatkan program ini, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan konsep dan prinsip operasi seni kulinari mengikut standard industri.
2. Melaksanakan teknik masakan lanjutan dalam penyediaan makanan tempatan dan antarabangsa.
3. Mengendalikan peralatan dan operasi dapur secara cekap, bersih dan selamat.
4. Menilai kualiti makanan dari aspek rasa, persembahan dan keselamatan makanan.
5. Merancang menu, mengira kos bahan dan melaksanakan kawalan inventori dapur.
6. Mengamalkan nilai profesional, disiplin dan etika kerja semasa bekerja di dapur serta ketika latihan industri.
7. Menunjukkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan dalam persekitaran kulinari.
8. Mengaplikasikan pengetahuan keusahawanan asas untuk pengurusan dan perniagaan makanan.
9. Mengintegrasikan pengalaman latihan industri dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran diri dalam industri makanan dan hospitaliti.
Pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) dalam bidang OPERASI SENI KULINARI (I561-005-3:2022) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Maklumat Latihan TVET
PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN MAKANAN [I561-005-2:2022] Atau
Penyediaan & Pembuatan Makanan [HT-012-2:2012] Atau
Penyedia Makanan [L-041-2] Atau
Penyedia Makanan [L-040-2]
Atau
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 20
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Terdiri daripada golongan asnaf dengan pendapatan keluarga tidak melebihi had al kifayah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1. Elaun bulanan sebanyak RM200.00.
2. Elaun bulanan latihan industri (3 bulan) sebanyak RM500.00.
3. Kemudahan peralatan dan pemberian bahan latihan percuma.
4. Kemudahan asrama dan dewan makan percuma (pelajar diwajibkan tinggal di asrama).