Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini dibangunkan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang penyediaan dan penghasilan makanan. Ia memberi penekanan terhadap kemahiran asas dalam penyediaan bahan, teknik memasak, persembahan hidangan, dan pengurusan kebersihan di dapur mengikut piawaian industri makanan dan hospitaliti.Melalui gabungan pembelajaran teori dan latihan amali, pelajar akan mempelajari prosedur kerja sebenar di dapur latihan, termasuk aspek keselamatan makanan, kawalan kualiti dan etika kerja profesional. Program ini menyediakan asas kukuh bagi mereka yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang kulinari dan perkhidmatan makanan atau melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Setelah menamatkan program ini, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan konsep asas penyediaan dan penghasilan makanan mengikut piawaian industri.
2. Mengenal pasti dan menyediakan bahan mentah dengan betul mengikut menu dan resepi.
3. Melaksanakan pelbagai kaedah masakan dan penyediaan makanan secara selamat dan bersih.
4. Menghasilkan hidangan yang berkualiti dan menarik dari segi rasa serta persembahan.
5. Mengurus kebersihan, keselamatan dan sanitasi di kawasan dapur dan penyediaan makanan.
6. Menunjukkan disiplin, tanggungjawab dan etika kerja profesional dalam tugasan kulinari.
7. Bekerjasama secara berpasukan dalam persekitaran kerja hospitaliti dan penyediaan makanan.
8. Menunjukkan keinginan untuk terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang kulinari.

Pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM 2) dalam bidang PEMBUATAN DAN PENGHASILAN MAKANAN (I561-005-2:2022) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. AKADEMIK
1.1 Kelayakan akademik minimum:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. UMUR
2.1 Berumur tidak kurang 18 tahun pada tahun pengambilan. Had umur pemohon adalah seperti berikut:

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35


Dan

3. WARGANEGARA
3.1 Pemohon adalah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. SYARAT UMUM
4.1 Pemohon adalah:
1. Beragama Islam.
2. Terdiri daripada golongan asnaf dengan pendapatan keluarga tidak melebihi had al kifayah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).


Dan

5. SYARAT TAMBAHAN
5.1 Pemohon mestilah:
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Pembantu Tukang Masak (Commis/Kitchen Assistant), Pembantu Kulinari (Culinary Assistant), Pembantu Penyediaan Makanan (Food Preparation Assistant), Pembantu Dapur (Kitchen Helper), Kru Dapur/Katering (Catering Crew), Tenaga Pengajar TVET, Usahawan makanan kecil dan sederhana (Food Entrepreneur)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Alamat
LOT 1363, JALAN PERKASA, TAMAN MALURI,
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
NORLIA BINTI AHMAD
Telefon
03-92830385
Emel
ikbmaiwp91@gmail.com
Laman Web
www.ikb-maiwp.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian pelajar ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan faedah-faedah seperti berikut:
1. Elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan.
2. Pemberian baju korporat dan baju bengkel percuma.
3. Kemudahan peralatan dan pemberian bahan latihan percuma.
4. Kemudahan asrama dan dewan makan - percuma (makan minum 5 kali sehari).
;