Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini dibangunkan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pembuatan pakaian wanita. Pelajar akan mempelajari kemahiran asas rekaan dan ilustrasi fesyen, teknik mengambil ukuran badan, teknik penyediaan pola asas pakaian wanita, kaedah menggunting fabrik dan menjahit pelbagai kategori pakaian wanita mengikut piawaian industri. Selain itu, pelajar turut diterapkan dengan disiplin kerja, etika profesional, serta amalan keselamatan dan kebersihan di bengkel jahitan. Gabungan teori dan latihan amali menjadikan program ini sebagai landasan kukuh untuk pelajar melangkah ke peringkat lebih tinggi dalam bidang fesyen dan pakaian.

Di akhir program, pelajar akan dapat:
1. Mengenal pasti stail dan ciri-ciri rekaan pakaian wanita.
2. Menguasai asas rekaan dan ilustrasi pakaian wanita.
3. Menguasai asas pembuatan pakaian wanita mengikut piawaian industri.
4. Menyediakan pola asas dan menjahit pelbagai jenis pakaian wanita.
5. Memastikan hasil jahitan kemas dan berkualiti.
6. Mengamalkan keselamatan, kebersihan dan disiplin kerja.
7. Menunjukkan sikap profesional dan bekerjasama secara berpasukan.

Pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM 2) dalam bidang PEMBUATAN PAKAIAN WANITA (C141-005-2:2021) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. AKADEMIK
1.1 Kelayakan akademik minimum:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. UMUR
2.1 Berumur tidak kurang 18 tahun pada tahun pengambilan. Had umur pemohon adalah seperti berikut:

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35


Dan

3. WARGANEGARA
3.1 Pemohon adalah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. SYARAT UMUM
4.1 Pemohon adalah:
1. Beragama Islam.
2. Terdiri daripada golongan asnaf dengan pendapatan keluarga tidak melebihi had al kifayah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).


Dan

5. SYARAT TAMBAHAN
5.1 Pemohon mestilah:
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Operator Jahitan Industri/Butik, Pembantu Pembuat Sampel Pakaian, Pembantu Pembuat Pola Pakaian, Usahawan/Bekerja Sendiri

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Alamat
LOT 1363, JALAN PERKASA, TAMAN MALURI,
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
NORLIA BINTI AHMAD
Telefon
03-92830385
Emel
ikbmaiwp91@gmail.com
Laman Web
www.ikb-maiwp.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian pelajar ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan faedah-faedah seperti berikut:
1. Elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.
2. Pemberian baju korporat dan baju bengkel percuma.
3. Kemudahan peralatan dan pemberian bahan latihan percuma.
4. Kemudahan asrama dan dewan makan - percuma (makan minum 5 kali sehari).
;