Kursus TVET

Pengenalan Kursus

CSTP (RACs) – Refrigeration & Air Conditioning Systems

Bidang: Heating, Ventilation & Air Conditioning (HVAC)

Kursus CSTP (RACs) merupakan program latihan TVET berasaskan kompetensi yang memberi penekanan kepada kemahiran praktikal dan pengetahuan teknikal dalam sistem penyejukan dan penyaman udara (Refrigeration & Air Conditioning Systems). Kursus ini direka bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang berkeupayaan menjalankan kerja pemasangan, penyelenggaraan, pengujian, pembaikan dan troubleshooting sistem HVAC bagi aplikasi domestik dan komersial.

Latihan ini merangkumi pemahaman asas termodinamik, refrigerant cycle, komponen utama sistem HVAC, kawalan elektrik, amalan keselamatan, serta prosedur kerja mengikut standard industri. Graduan CSTP (RACs) akan dibekalkan dengan kemahiran yang selari dengan keperluan industri semasa dan menyokong agenda pembangunan tenaga kerja berkemahiran negara.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Kursus Pendek / Micro Credential / Modular / Setaraf
Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1 Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Pemohon Hendaklah:

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 65


Dan

3. KELAYAKAN AKADEMIK
3.1 Kelayakan Minima Pemohon:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Pemohon Haruslah:
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Tempoh Pengajian
5 Hari
Prospek Kerjaya
Juruteknik Bertauliah bagi Bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan udara.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA
Alamat
MUKIM TEKAI PEKAN NAKA, 06350 KUALA NERANG, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
HAFIZ BIN SHAUFIT AFFANDI
Telefon
047993000
Emel
hafizaffandi@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Kandungan Utama Latihan (Ringkas)
Asas Refrigeration & Air Conditioning
Refrigerant Cycle & komponen sistem
Sistem penyaman udara domestik & komersial
Pemasangan dan penyelenggaraan AC
Kawalan elektrik & pendawaian HVAC
Amalan keselamatan, SOP & PPE
Troubleshooting dan diagnosis kerosakan
;