Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini direka khas untuk melatih pelajar dalam pelbagai proses kimpalan yang digunakan secara meluas dalam industri moden. Peserta akan didedahkan kepada teknik kimpalan melibatkan keluli karbon, keluli tahan karat, dan aluminium, dengan penekanan kepada kemahiran praktikal serta pemahaman teknikal.

Antara teknik utama yang akan dipelajari termasuk:
1.Shielded Metal Arc Welding (SMAW) – Kimpalan arka berperisai
2.Gas Metal Arc Welding (GMAW) – Kimpalan arka logam berasaskan gas
3.Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) – Kimpalan arka tungsten berasaskan gas
4.Submerged Arc Welding (SAW) – Kimpalan arka terendam

Melalui kursus ini, pelajar bukan sahaja memperoleh kemahiran teknikal yang diperlukan untuk bekerja sebagai juruteknik atau welder industri, tetapi juga bersedia untuk memenuhi keperluan pasaran kerja dalam sektor fabrikasi, penyelenggaraan, dan kawalan kualiti.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1 Mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Persekolahan
2.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

3. Umur
3.1 Calon mestilah berumur 17 tahun semasa tarikh permohonan
Tempoh Pengajian
3 Semester
Prospek Kerjaya
1. Juruteknik Kimpalan
2. Pemeriksa Kawalan Kualiti
3. Pembantu Fabrikasi
4. Juruteknik Penyelenggaraan
5.Penyelia Kimpalan
6.Welder Industri

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA DUSUN TUA
Alamat
KM25 Dusun Tua, Bandar Hulu Langat
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
KHALIDAH BINTI BOHARI
Telefon
0390217100
Emel
khalidahbohari@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1.Ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
2.Elaun bulanan disediakan
3.Penginapan dan makan minum turut disediakan
;