Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dalam bidang pembaikan dan penyelenggaraan jentera berat seperti backhoe, excavator, dan roller compactor. Peserta akan dilatih secara menyeluruh dalam aspek teknikal dan praktikal bagi memastikan mereka mampu mengendalikan serta membaiki pelbagai sistem jentera industri.

1.Antara modul utama yang akan dipelajari termasuk:
2.Pembaikan & penyelenggaraan jentera berat (backhoe, excavator, roller compactor)
3.Servis sistem hidraulik dan pneumatik
4.Penyelenggaraan trek dan undercarriage
5.Servis Fuel Injection Pump (FIP)

Kursus ini dilaksanakan dengan pendekatan 70% latihan praktikal dan 30% teori, selaras dengan piawaian pensijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Melalui program ini, pelajar akan memperoleh pemahaman penuh tentang operasi jentera berat serta keupayaan untuk mendiagnosis masalah dan melakukan pembaikan pada pelbagai sistem.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Persekolahan
1.1 Mestilah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2

Dan

2. Umur
2.1 Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Syarat Tambahan
3.1 Mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

4. Warganegara
4.1 Mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

5. Persekolahan
Tempoh Pengajian
4 Semester
Prospek Kerjaya
1.Juruteknik Jentera Berat – Mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jentera berat seperti backhoe, excavator, dan roller compactor.
2.Juruteknik Sistem Hidraulik – Pakar dalam servis, pembaikan, dan penyelenggaraan sistem hidraulik yang digunakan pada jentera industri.
3.Pembantu Penyelenggaraan – Membantu juruteknik dalam kerja-kerja asas penyelenggaraan dan pembaikan peralatan.
4.Juruteknik Bengkel – Menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan di bengkel, termasuk pemeriksaan komponen dan pemasangan semula.
5.Juruteknik Servis Lapangan – Bertugas di tapak projek untuk melakukan pemeriksaan, pembaikan, dan penyelenggaraan jentera secara terus di lokasi.

Operator Teknikal dalam sektor pembinaan atau perlombongan – Mengendalikan jentera berat dan memastikan operasi berjalan lancar mengikut prosedur keselamatan serta keperluan industri.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA DUSUN TUA
Alamat
KM25 Dusun Tua, Bandar Hulu Langat
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
KHALIDAH BINTI BOHARI
Telefon
0390217100
Emel
khalidahbohari@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1.Ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
2.Elaun bulanan disediakan
3.Penginapan dan makan minum turut disediakan
;