Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program ini ditawarkan di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Kursus ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran dalam bidang pengendalian dan penyelenggaraan dandang stim (boiler) bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berdisiplin dan menepati standard industri. Melalui program ini, peserta berpeluang memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2/Tahap 3) bergantung kepada pencapaian, serta berpeluang meneruskan laluan kerjaya ke arah mendapatkan lesen kompetensi Boilerman Gred 2 dan Gred 1. Graduan kursus ini akan memenuhi permintaan tinggi tenaga mahir dalam industri perkilangan, perladangan, makanan, minyak & gas, dan sektor tenaga.