Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus seni kulinari ini memberi tumpuan kepada kemahiran masakan, praktikal amali dan latihan teori dalam semua bidang pengeluaran makanan. Ia melengkapkan pelajar dengan kemahiran gastronomi sebenar dan pengetahuan tentang penyediaan makanan, keselamatan dan penyampaian makanan yang diperlukan untuk masuk ke alam pekerjaan industri seni kulinari atau makanan. Pelajar akan memperolehi kemahiran yang penting dalam cara pemotongan yang betul, amalan sanitasi dan keselamatan di tempat kerja, pengenalan kepada bahan, alat dan pengurusan tempat kerja (dapur), melaksanakan teknik dan kaedah memasak yang betul, serta memenuhi standard industri, menilai rasa, rupa, tekstur dan masa penyediaan terhadap produk hidangan yang telah siap dan juga mempelajari memasak pelbagai jenis masakan dari seluruh dunia yang merangkumi pelbagai jenis appetizer, main course & dessert termasuk kuih tempatan, roti, pastri dan manisan, organisasi dan pengurusan, termasuk kos barangan dan lain - lain.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
0 Bulan
Prospek Kerjaya
Industri hospitaliti dan pelancongan terus menyumbang kepada pertumbuhan sektor ekonomi negara dan turut memberi impak positif kepada segmen seni kulinari. Selain itu, industri ini juga memerlukan tenaga kerja mahir dan dinamik bagi memastikan perkhidmatan berkualiti dan bertaraf lima bintang dapat disediakan. Pengetahuan yang luas serta kemahiran yang tinggi juga amat penting untuk mendalami bidang masakan, sekali gus menjadikan bidang kulinari sebagai kerjaya professional yang memerlukan kreativiti dan komitmen yang tinggi. Bidang kulinari ini juga adalah luas dan permintaannya cukup tinggi di dalam sektor pekerjaan pada masa sekarang. Pelatih yang menyertai kursus ini akan didedahkan dengan realiti di alam pekerjaan dan perniagaan dengan kerja kursus yang ditawarkan dimana kebanyakan sesi pembelajaran akan dijalankan secara “hands - on”. Boleh menampung keperluan industri mendapatkan tenaga pekerja separuh mahir / mahir. Pelatih juga berpotensi untuk menjadi seorang usahawan selepas tamat pengajian. Sejak penubuhan Kuching Skills College (KSC) pada tahun 2016, kami dengan penuh rasa tanggungjawab telah berusaha dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih kami untuk menghadapi perubahan dalam landskap industri perhotelan, pelancongan dan makanan. Sehingga kini, usaha kami telah membuahkan hasil dimana lebih daripada 300 pelatih telah menamatkan latihan di pusat latihan kami dan memperolehi pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyediaan & Pembuatan Makanan Tahap 2 dan Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), dibawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Dan juga lebih daripada 97% bekas pelatih kami telah mendapat pekerjaan pada masa kini. Kejayaan ini adalah gambaran jelas komitmen kami untuk menyediakan latihan yang komprehensif dan relevan dengan keperluan industri. Para pelajar yang mengikuti kursus berpeluang untuk bekerja di: • Hotel • Kapal peranginan • Resort • Restoran / Cafe • Penyedia Perkhidmatan Katering • Cef Peribadi • Cef di kapal dan pelantar minyak • Tenaga pengajar kursus seni kulinari • Usahawan • Dan lain - lain

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KUCHING SKILLS COLLEGE
Alamat
SUBLOT NO.1, PARENT LOT 208, BLOCK 14,
MUARA TUANG DISTRICT, KOTA SAMARAHAN
94300 KUCHING, SARAWAK

PREMIS TAMBAHAN
TINGKAT 2, SUBLOT NO. 2, CAMPUS HUB
94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
NORZIELA BINTI HJ KARIM
Telefon
082555796
Emel
kuchingskillscollege@gmail.com
Laman Web
http://www.kuchingskills.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
BUTIRAN PENYEDIA LATIHAN TVET

Kuching Skills College (KSC) yang terletak di Kota Samarahan, Sarawak merupakan salah sebuah pusat latihan kemahiran bertaraf lima bintang dalam menjalankan beberapa kursus kemahiran di Malaysia dan telah mendapat pentauliahan dan pengiktirafan sebagai sebuah Pusat Latihan Bertauliah dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), HRD Corp dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dibawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

KELEBIHAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DARI KUCHING SKILLS COLLEGE (KSC)

Dengan memperolehi sijil ini, para pelajar boleh meningkatkan kemahiran baru (upskilling), menambah kemahiran yang sedia ada (reskilling) dan membantu setiap graduan mendapat pekerjaan berdasarkan bidang yang diceburi.

PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI

Para graduan yang sudah tamat pengajian sehingga Tahap 3 dapat menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di beberapa institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

KEMUDAHAN ASRAMA

Kuching Skills College (KSC) ada menyediakan kemudahan asrama tetapi diurus tadbir oleh pihak luar (Kwang Tai Management) untuk para pelajar yang berminat.

CARA PEMBAYARAN YURAN AKADEMIK

• Secara ansuran / bulanan
• Secara lumpsum / sekaligus
• Pinjaman dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi pelajar yang berumur dari 16 – 45 tahun

BANTUAN KEWANGAN SEPERTI ELAUN DAN PINJAMAN

Pelajar yang layak boleh memohon pinjaman dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Pihak kami akan menolong para pelajar untuk memohon pinjaman dan elaun tersebut.

Misi utama PTPK adalah untuk menyediakan pinjaman kepada individu yang ingin memperoleh keterampilan dalam bidang tertentu untuk meningkatkan peluang pekerjaan mereka.

LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar perlu menjalani latihan industri di tempat pilihan pelajar atau di beberapa rakan industri Kuching Skills College (KSC) yang sedia menerima pelajar untuk menjalani latihan industri di tempat mereka.
;