Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus modul ini direka untuk mendedahkan pelajar tentang asas-asas seni kraf batik. Pelajar dalam program SKM Operasi Pengeluaran Batik akan mempelajari teknik mencanting, memblok, dan melukis batik, proses pewarnaan dan pencelupan kain batik, penggunaan bahan kimia dan pewarna yang sesuai, kawalan kualiti dalam pembuatan batik dan pendedahan berkaitan peralatan dan mesin dalam industri batik. Pelajar akan mempelajari kemahiran asas seperti penyediaan kain, teknik mencanting, dan pewarnaan. Pelajar juga akan diajar untuk membuat reka corak batik, teknik celupan, dan penyempurnaan produk termasuk kawalan kualiti, pengurusan operasi pengeluaran, dan pemasaran batik.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Kelayakkan akademik
3.1 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Maklumat Tambahan
4.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Tempoh Pengajian
3 Bulan
Prospek Kerjaya
Usahawan kraf, Pengajar Kraf Batik, Pereka dan Pembantu Pegawai Latihan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KRAF NEGARA
Alamat
No. 1, KM20, Jalan Ipoh - Rawang, Taman Rekreasi Templer, Rawang, Selangor
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
NUR NABILA HUDA BINTI NADZIR
Telefon
03-6091 5322
Emel
hep.ikn@kraftangan.gov.my
Laman Web
https://ikn.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Elaun RM120.00 sebulan
2. Penginapan asrama disediakan
3. Makan dan minum disediakan
4. Bahan pembelajaran di bengkel disediakan.
;