Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran kepada Personel untuk terampil dan kompeten dalam Pengeluaran Makanan (Pemprosesan) Tahap 3 dalam melakukan kompetensi teras berikut: Pengendalian Bahan Mentah; Pengendalian Penyediaan Pesanan Pengeluaran Produk; Penyelarasan Penyelenggaraan Mesin Dan Peralatan Pemprosesan Makanan; Kawalan Kualiti Pemprosesan Makanan; dan Penyeliaan Personel Pemprosesan Makanan.

Sebagai nilai tambah, personel yang terampil dalam Pengeluaran Makanan (Pemprosesan) Tahap 3 adalah kompeten dalam melakukan kompetensi elektif berikut; Operasi Pemprosesan Produk Makanan Sedia Dimakan (Ready-To-Eat).

Personel juga akan didedahkan dengan amalan serta aktiviti operasi dan pengeluaran yang mematuhi peraturan dan perundangan pengeluaran makanan seperti Amalan Kebersihan Yang Baik (GHP) serta lain-lain perundangan dan peraturan berkaitan industri makanan.

Personel perlu bekerja secara individu atau dalam kumpulan di persekitaran yang kondusif bagi menghasilkan produk yang bersih, halal dan memenuhi kepuasan pelanggan dan majikan. Mereka perlu mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti pemakaian Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan pakaian yang sesuai ketika menjalankan kerja.

2. Kemahiran yang Dikuasai
Peserta yang mengikuti program ini akan mempelajari kemahiran seperti:

Pengurusan Operasi Pengeluaran Makanan – Merancang dan mengendalikan proses pengeluaran secara berkesan.

Pematuhan Standard Keselamatan dan Kualiti Makanan – Memastikan makanan diproses mengikut peraturan HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points) dan GMP (Good Manufacturing Practice).

Pengendalian dan Penyelenggaraan Peralatan – Mengendalikan mesin dan peralatan industri makanan dengan betul untuk mengelakkan pencemaran.

Inovasi dan Pembangunan Produk Makanan – Mencipta resipi dan produk baharu berdasarkan permintaan pasaran.

Penyimpanan dan Pembungkusan Makanan – Menggunakan teknik pembungkusan yang mengekalkan kesegaran dan keselamatan makanan.

Penyeliaan dan Latihan Pekerja – Menyelia operasi serta memberi latihan kepada pekerja bawahan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. BOLEH MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA
1.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib G
1249 SEJARAH Wajib G

Atau

1.2

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. UMUR
2.1

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. SYARAT TAMBAHAN
3.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib) ,
4. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. JANTINA
4.1
1. Perempuan sahaja


Dan

5. warganegara
5.1
Warganegara Malaysia Sahaja
Tempoh Pengajian
3 Bulan
Prospek Kerjaya
Penyelia pengeluaran makanan, Penolong/Pegawai kawalan kualiti makanan, Operator pemprosesan makanan, Usahawan makanan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN MARDI
Alamat
-
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MUHAMMAD IQBAL BIN ABDULLAH
Telefon
03-89536803
Emel
pbm@mardi.gov.my
Laman Web
www.mardi.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Penginapan disediakan
Makan minum disediakan
Elaun RM 200/ Sebulan melalui Akaun Agrobank
;