Kursus TVET

OPERASI PENYELENGGARAAN PESAWAT (TIDAK DIPERSIJILKAN)

TP-060-3:2013;SKM AIRCRAFT MAINTENANCE OPERATION

BORNEO TVET COLLEGE (BTEC) , SABAH

Pengenalan Kursus

Industri penerbangan ini sangat sesuai untuk diceburi kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran kini, serta menjadi kerjaya rebutan di kalangan para pelajar lepasan SPM. Selain daripada pekerjaan seperti juruterbang dan krew kabin, Aircraft Engineer juga merupakan satu lagi kerjaya yang menjadi idaman para lepasan SPM. Aircraft Engineer berperanan dalam menyelidik spesifikasi reka bentuk pesawat dan peralatan sokongan yang berkaitan. Ia juga boleh melibatkan hal-hal pemasangan, ujian dan pengubahsuaian komponen kapal terbang.
Profesion ini turut terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan pesawat di bawah cabang pekerjaan kejuruteraan aeronautik, seperti melakukan pemeriksaan, menyelia penyelenggaraan, dan membaiki pesawat. Kerja-kerja ini biasanya dilakukan di pejabat, hangar pengeluaran kilang atau di makmal aeronautik.
Aircraft Engineer juga berperanan dalam melakukan sesuatu ujian terhadap pesawat bagi menguji prestasinya. Tujuan Aircraft Engineer melakukan uji cuba ini adalah untuk meningkatkan ciri keselamatan, meminimumkan penggunaan bahan api dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Aircraft Maintenance Technician. 2. Aircraft Maintenance Technician / Mechanic-Turbine / Piston Engine. 3. Aircraft Component / Engine / Modification Technician. 4. Programme Technical Representative. 5. Aircraft Support Service Technician. 6. Aircraft Components / Spare Trading. 7. Aircraft Components Manufacturing Technician. 8. Aircraft Product Development Technician / Officer / Researcher.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Akademik
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Had Umur
Syarat Wajib

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Kewarganegaraan
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
3M, MINAT, SIHAT TUBUH BADAN
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
BORNEO TVET COLLEGE (BTEC)
Alamat
WISMA ANGKATAN HEBAT,LOT 901 JALAN UMS
Negeri
SABAH
Penyelaras
NAZAHERAH NAJIHA BINTI AZAHARI
Telefon
088396682
Emel
ezanna@nbuc.edu.my
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program SKM Operasi Penyelenggaraan Pesawat Tahap 3 (TP-060-3:2013) ini dijalankan selama 24 bulan dan direka bentuk bagi memberikan latihan yang komprehensif serta berorientasikan industri. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan didedahkan kepada aspek teori dan praktikal berkaitan penyelenggaraan pesawat, termasuk pemeriksaan struktur dan komponen, sistem mekanikal dan elektrikal asas, dokumentasi teknikal, serta amalan keselamatan penerbangan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;