Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pentadbiran Pejabat N821-001-3:2020 ialah satu program latihan kemahiran yang bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pengurusan dan operasi pejabat. Program ini disusun berasaskan standard kemahiran pekerjaan kebangsaan dan diiktiraf oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Melalui program ini, pelatih akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang merangkumi pengendalian kewangan asas pejabat, pengurusan inventori dan pembelian, pengurusan fail dan dokumentasi, serta penyelarasan aktiviti pentadbiran harian. Di samping itu, pelatih turut diberi latihan dalam penggunaan aplikasi ICT pejabat, kemahiran komunikasi, dan pengamalan etika kerja yang profesional.

Program ini juga menekankan pembentukan sikap positif seperti amanah, teliti, bertanggungjawab dan mampu bekerja secara berpasukan. Dengan latihan yang berstruktur dan berorientasikan tugas sebenar di tempat kerja, pelatih akan dapat melaksanakan tugas sokongan pentadbiran dengan cekap dan sistematik.

Graduan SKM Pentadbiran Pejabat Tahap 3 berpeluang untuk menceburi kerjaya seperti pembantu tadbir, kerani pejabat, pembantu sumber manusia, pembantu kewangan dan lain-lain jawatan sokongan pentadbiran di sektor awam dan swasta, serta berupaya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang berkaitan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Pembantu Tadbir Kerani Pejabat Kerani Am Kerani Pentadbiran Kerani Kewangan Pembantu Akaun Kerani Stor Pembantu Inventori Pembantu Sumber Manusia (HR Assistant) Penyambut Tetamu / Receptionist Petugas Front Desk Pembantu Pengurusan Pejabat / Admin Assistant Penyelia Pejabat Eksekutif Pentadbiran Setiausaha / Personal Assistant

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ PROFESIONAL KEMAHIRAN KIBLAH
Alamat
Kompleks Pendidikan YAKIN
Lot 30774, Lorong Sentosa
Bukit Unggul,Jenderam Hulu,
43800 Sepang
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
AHMAD NAZRIN BIN AB RAZAK
Telefon
03-87688302
Emel
kolej.kpkk@gmail.com
Laman Web
kpkk.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PENDAFTARAN BAGI PROGRAM INI RM 100
MAKAN MINUM DISEDIAKAN 3X SEHARI - PERCUMA
PENGINAPAN DISEDIAKAN - PERCUMA
;