Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengajaran Tahfiz P854-002-3:2016 dirangka bagi melahirkan tenaga pengajar tahfiz yang berkualiti, berkemahiran dan berakhlak mulia dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran secara sistematik. Kursus ini memberi tumpuan kepada penguasaan kaedah hafazan al-Quran, bacaan bertajwid, pengurusan kelas tahfiz serta bimbingan sahsiah pelajar berasaskan nilai-nilai Islam.

Melalui kursus ini, pelatih akan didedahkan kepada kemahiran merancang, melaksana dan menilai sesi pengajaran tahfiz, termasuk pengendalian sesi tasmik, murajaah, talaqqi dan musyafahah. Di samping itu, kursus ini juga menekankan kemahiran komunikasi berkesan antara guru dan pelajar, pengurusan disiplin, serta penerapan adab dan etika sebagai seorang muallim/muallimah tahfiz.

Secara keseluruhannya, kursus ini bertujuan melahirkan pengajar tahfiz yang bukan sahaja mahir dalam hafazan dan bacaan al-Quran, malah mampu menjadi qudwah hasanah (contoh teladan) kepada para pelajar, sama ada di institusi tahfiz, sekolah agama, pusat pengajian al-Quran mahupun institusi pendidikan Islam yang lain.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. BERUMUR 16 TAHUN KE ATAS, BOLEH MEMBACA DAN MENULIS
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2 BERUMUR 16 TAHUN KE ATAS

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 30

Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Guru Tahfiz / Pengajar Al-Quran Guru Agama / Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Pembimbing Hafazan / Pembantu Pengajar Penyelia atau Penyelaras Program Tahfiz Tenaga Pengajar di Sekolah Tahfiz Swasta / Madrasah Pembantu Pentadbiran di Institusi Pendidikan Islam Jurulatih Hafazan / Motivator Al-Quran Usahawan Pendidikan Islam (menubuhkan pusat tahfiz atau kelas al-Quran sendiri)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ PROFESIONAL KEMAHIRAN KIBLAH
Alamat
Kompleks Pendidikan YAKIN
Lot 30774, Lorong Sentosa
Bukit Unggul,Jenderam Hulu,
43800 Sepang
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
AHMAD NAZRIN BIN AB RAZAK
Telefon
03-87688302
Emel
kolej.kpkk@gmail.com
Laman Web
kpkk.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Yuran Pendaftaran Kemasukan RM 100
Penginapan di sediakan PERCUMA
Makan & Minum disediakan PERCUMA
;