Kursus TVET
Pengenalan Kursus
SKM TAHAP 3 – FB-018-3:2012
SALES & MARKETING OPERATION
Program Sales & Marketing Operation adalah kursus di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang dibangunkan mengikut standard industri oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Kursus ini direka khas untuk melahirkan individu yang mahir dalam bidang jualan dan pemasaran, selaras dengan keperluan dunia perniagaan masa kini.
💼 Kenapa Kursus Ini Penting?
Dalam setiap perniagaan, tanpa jualan dan pemasaran — syarikat tidak boleh berkembang.
Hari ini, bukan sekadar pandai menjual, tetapi perlu tahu:
• Cara faham kehendak pelanggan
• Cara promosi produk dengan betul
• Cara gunakan platform online untuk jana jualan
• Cara capai target dan KPI syarikat
• Cara urus pelanggan dan selesaikan aduan
Semua ini diajar dalam kursus ini.
📚 Apa Yang Anda Akan Belajar?
Sepanjang pengajian, anda akan belajar:
✔ Buat kajian pasaran dan analisis produk
✔ Teknik jualan profesional (direct & retail sales)
✔ Jualan atas talian (online sales & e-commerce)
✔ Cara handle pelanggan dan selepas jualan
✔ Buat promosi, booth dan aktiviti pemasaran
✔ Nilai prestasi jualan berdasarkan KPI
✔ Urus stok dan inventori
Latihan dijalankan secara teori dan praktikal supaya pelajar benar-benar mahir dan yakin apabila bekerja nanti.
🚀 Siapa Yang Sesuai Sertai?
• Lepasan sekolah
• Individu yang mahu kerja dalam bidang jualan
• Mereka yang mahu tingkatkan kemahiran komunikasi
• Individu yang mahu jadi usahawan
🎯 Hasilnya?
Lepasan program ini berpeluang bekerja sebagai:
• Sales Executive
• Marketing Officer
• Retail Supervisor
• Online Sales Specialist
• Business Development
• Atau mulakan perniagaan sendiri
Program ini bukan sekadar belajar menjual tetapi membina keyakinan, kemahiran dan masa depan dalam bidang perniagaan.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Atau
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | TH |
| 1249 | SEJARAH | Pilihan | Lain-lain | TH |
| 1119 | BAHASA INGGERIS | Pilihan | Lain-lain | TH |
Atau
Dan
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35
Dan
Atau
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
• Digital Sales Strategist
• E-Commerce & Marketplace Specialist
• Business Development Executive
• Brand & Marketing Executive
• Sales Team Leader
• Usahawan & Startup Founder
Program ini membina asas kepimpinan, pemikiran strategik dan kemahiran digital untuk melahirkan bakal pemimpin industri dan peneraju perniagaan masa hadapan.
Butiran Penyedia Latihan TVET
DATARAN USAHAWAN KELANA SQUARE
JALAN SS7/26, KELANA JAYA
Lain-lain Maklumat
Kelayakan rasmi yang diiktiraf industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.
✅ Kemudahan Pinjaman PTPK (tertakluk kepada kelayakan)
Meringankan beban kewangan sepanjang tempoh pengajian.
✅ Bantuan Permohonan Pengeluaran KWSP (Akaun 2)
Pihak institusi membantu pelajar membuat permohonan bagi tujuan pembiayaan pendidikan.
✅ Laluan Sambung Pengajian ke Diploma
Graduan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma sebagai kesinambungan akademik dan peningkatan kerjaya.
✅ Kemudahan Fasiliti Lengkap & Persekitaran Pembelajaran Kondusif
Dilengkapi dengan kemudahan pembelajaran moden bagi menyokong latihan teori dan praktikal.