Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan penyamanan udara dan penyejukan yang merangkumi kemahiran memasang, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai jenis penghawa dingin dan pengurusan rekabentuk berasaskan noss tahap 4 dan 5. Program Persijilan Juruteknik Servis (CSTP) yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut akan disediakan kepada pelajar sebagai persijilan professional tambahan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia / Diploma Lanjutan Tahap 5 / Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Taraf Warganegara
1.1 Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Taraf Bumiputera
2.1 Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

3. Kelayakan Akademik : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
3.1 LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara

Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC [ME-020-3:2012] Atau

OPERASI PEMASANGAN & PENYENGGARAAN PENGHAWA DINGIN DAN PENGUDARAAN MEKANIKAL [F432-003-2:2017] Atau

Pemasangan dan Penyelenggaraan Tiga Fasa Pemanasan, Pengudaraan, Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan (HVAC&R) [F432-008-3:2021] Atau

Perkhidmatan Penyejukbekuan Domestik & Komersial [ME-022-3:2014] Atau

Pemasangan dan Penyelenggaraan Satu Fasa Penyamanan Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC) [F432-007-3:2020]


Dan

4. Umur
4.1 Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45


Dan

5. Tahap Kesihatan
5.1 Sihat tubuh badan
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Pembantu Jurutera Mekanikal, Pakar penyaman Udara dan Penyejukan, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA BESERI (INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESERI)
Alamat
KM 14, JALAN KAKI BUKIT,
02400 BESERI,
PERLIS
Negeri
PERLIS
Penyelaras
'AINAA' QATRUNNADA SYIFAA' BINTI ALIAS
Telefon
04 - 938 4021
Emel
sysadmin@ikmbeseri.edu.my
Laman Web
https://www.tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Graduan Diploma Teknologi Pengurusan dan Rekabentuk Penyamanan Udara (DLKM 5) yang memenuhi syarat kelayakan boleh melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan HVAC dan Kejuruteraan Mekanikal. Graduan juga berpeluang menyambung ke Sarjana Muda Kejuruteraan
Mekanikal melalui laluan bridging atau APEL, tertakluk kepada keperluan institusi. Selain itu, graduan boleh meningkatkan kerjaya melalui pensijilan profesional industri.
;