Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Perkhidmatan Estetik bertujuan untuk melahirkan individu yang kompeten dalam menyediakan perkhidmatan kecantikan berkualiti tinggi, selaras dengan keperluan industri kecantikan yang semakin berkembang. Program ini merangkumi pelbagai modul yang memberikan pendedahan mendalam kepada pelatih, termasuk penjagaan kulit, rawatan wajah, solekan profesional, rawatan badan dan penggunaan teknologi estetik terkini seperti mesin terapi kulit.

Selain kemahiran praktikal, pelatih juga akan didedahkan kepada aspek teori yang penting, seperti memahami anatomi dan fisiologi, mengenalpasti jenis dan keadaan kulit, serta kaedah merumuskan rawatan yang sesuai. Penekanan diberikan kepada amalan kebersihan, keselamatan, dan pengurusan peralatan dengan betul untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi piawaian tertinggi.

Program ini turut melatih peserta dalam aspek komunikasi dan perkhidmatan pelanggan yang berkesan, membolehkan mereka membina hubungan baik dengan pelanggan dan memahami keperluan mereka dengan lebih mendalam. Melalui amalan etika profesional, pelatih juga diajar untuk menunjukkan sikap positif, menjaga kerahsiaan pelanggan, dan memberikan perkhidmatan yang selesa serta memuaskan.

Dengan gabungan pengetahuan teori, kemahiran praktikal dan nilai profesionalisme, program ini memberikan laluan kerjaya yang luas dalam industri kecantikan dan pelatih akan bersedia untuk bekerja di salun kecantikan, spa, pusat estetik, atau memulakan perniagaan sendiri serta menjadikan mereka tenaga kerja yang berdaya saing dan berkualiti tinggi.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. 1. Boleh membaca dan menulis 2. Berusia di antara 16 - 30 Tahun semasa memohon. 3. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalagunaan dadah. 4. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana - mana Institusi latihan awam / swasta (kecuali calon yang mempunyai sijil SKM). 5. Memberi sepenuh masa ketika latihan dijalankan di pusat bertauliah dan mengikut segala peraturan yang telah,sedang dan akan PB tetapkan.
1.1


Atau

1.2

Dan

2. Boleh membaca dan menulis
Tempoh Pengajian
13 Bulan
Prospek Kerjaya
Beauty Therapist, Aesthetic Therapist, Manicurist/Pedicurist, Beauty Consultant, SPA Therapist, Beauty Product & Equipment Suppliers, Beauty Product Promoter, Beauty Trainer & Beauty Advisor & Supervisor & Manager.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KASIH ANANA PRO SKILLS INSTITUTE
Alamat
NO 13, MEZZANINE FLOOR, JALAN MEDAN TUANKU, 50300 KUALA LUMPUR
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
NORSIAH BINTI MAHADI
Telefon
03-26987388
Emel
kasihanana@yahoo.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Peluang Kerjaya Luar Negara
Dengan SKM dan pengalaman, ramai juga yang berjaya kerja di:
• Spa & resort bertaraf antarabangsa
• Kapal persiaran mewah (cruise)
• Negara Timur Tengah, Korea, Jepun, Eropah — terutamanya dalam spa dan wellness centre
Faktor Kenaikan Gaji & Kerjaya
• Tahap sijil yang lebih tinggi (SKM Tahap 3 ke atas)
• Kemahiran tambahan ( makeup artistry, nail 3D art, Henna)
• Pengalaman kerja & kepuasan pelanggan
• Sijil profesional tambahan (CIDESCO, CIBTAC, City & Guilds)
;