Kursus TVET

PENYELIAAN & KOORDINASI HOMESTAY

HT-040-3:2014;-

INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyeliaan dan Koordinasi Homestay Tahap 3 secara Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) merupakan program latihan kemahiran yang dianjurkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA), di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Kursus ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam bidang penyeliaan dan koordinasi operasi homestay, khususnya dalam memastikan pengurusan perkhidmatan penginapan desa dilaksanakan secara sistematik, berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.
Melalui latihan teori dan amali, peserta akan didedahkan kepada kemahiran penyeliaan operasi homestay, penyelarasan aktiviti, pengurusan kebersihan dan keselesaan penginapan, serta pemantauan kualiti perkhidmatan. Kursus ini turut memberi penekanan kepada pembangunan profesionalisme, komunikasi dan kepimpinan bagi menyokong pertumbuhan industri pelancongan desa yang mampan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Antara prospek kerjaya ialah:

Penyelia Homestay
Penyelaras Operasi Homestay
Pengurus Homestay
Penyelia Penginapan dan Pelancongan
Penyelaras Program Pelancongan Desa
Usahawan Homestay
Pengusaha Perkhidmatan Pelancongan Komuniti
Peluang pekerjaan: Graduan boleh bekerja dengan pengusaha homestay, kluster homestay, agensi pelancongan, resort desa atau mengusahakan perniagaan homestay sendiri.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kriteria dan Prasyarat Kemasukan SKM Operasi Homestay Tahap 2 secara SLaPB – INFRA Warganegara Malaysia. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun. Boleh membaca, menulis dan mengira (3M). Berminat untuk mengikuti latihan dalam bidang operasi homestay, pelancongan dan hospitaliti. Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan berupaya mengikuti latihan teori serta amali. Bersedia mengikuti keseluruhan tempoh latihan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh INFRA.
Syarat Pilihan 1

Operasi Homestay [HT-040-2:2014]

ATAU
Syarat Pilihan 2

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60

ATAU
Syarat Pilihan 3
Warganegara Malaysia Sahaja
ATAU
Syarat Pilihan 4

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Kriteria dan Prasyarat Kemasukan SKM Operasi Homestay Tahap 2 secara SLaPB – INFRA Warganegara Malaysia. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun. Boleh membaca, menulis dan mengira (3M). Berminat untuk mengikuti latihan dalam bidang operasi homestay, pelancongan dan hospitaliti. Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan berupaya mengikuti latihan teori serta amali. Bersedia mengikuti keseluruhan tempoh latihan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh INFRA.
Tiada butiran kelayakan ditetapkan untuk kriteria ini.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)
Alamat
LOT 2A, PERSIARAN INSTITUSI KAJANG
43000 KAJANG, BANGI SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
Telefon
03-89267014
Emel
azizah@infra. gov.my
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Boleh hubunyi :

Unit SKM (Homestay dan Pengurusan Desa)
Pusat Kecemerlangan Pensijilan dan Latihan TVET (SLT)
Institut Kemajuan Desa (INFRA)
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

No. Telefon : 03-87352400
No Faks : 03-89265905
Emel : tvet.infra@infra.gov.my

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;