Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus modul ini direka untuk memberi pendedahan menyeluruh kepada para peserta mengenai prinsip-prinsip asas dalam bidang Geomatics and Land Surveying, merangkumi kerja-kerja pengukuran tanah, topografi, pemetaan, interpretasi data spatial serta pengendalian instrumen ukur moden. Modul ini turut meliputi aspek-aspek penting seperti cadastral surveying, engineering surveying, geodetic control, Geographic Information System (GIS), photogrammetry dan remote sensing.
Di samping itu, peserta akan diperkenalkan kepada konsep dan amalan standard industri yang digunakan dalam operasi ukur tanah bertaraf profesional. Sistem dan kaedah terkini seperti penggunaan Global Navigation Satellite System (GNSS), Total Station, digital levelling, pemprosesan data geospatial serta aplikasi perisian pemetaan turut digabungkan dalam latihan ini.
Antara faedah yang akan diperoleh melalui kursus ini adalah seperti berikut:
- Memahami gambaran asas mengenai proses kerja ukur tanah dan keseluruhan aliran kerja geomatik daripada peringkat persediaan, pengukuran lapangan sehingga pemprosesan dan penyediaan pelan.
-Menguasai prinsip-prinsip penting dalam cadastral dan engineering surveying mengikut piawaian dan prosedur yang ditetapkan oleh industri.
-Meningkatkan kemahiran dalam penggunaan instrumen moden seperti Total Station, GPS/GNSS, auto-level dan peralatan pemetaan digital.
-Membangunkan keupayaan untuk mentafsir, menganalisis dan memproses data spatial melalui penggunaan perisian GIS dan aplikasi pemetaan.
-Mengetahui langkah-langkah kritikal dalam penghasilan pelan ukur, pelan hakmilik, pelan topografi serta dokumentasi teknikal mengikut standard kebangsaan.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Atau
Atau
2.Tenaga Pengajar SKM
3.Penolong Jurukur Hidrografi
4.Penolong Penyelia Projek
5.Penolong Jurukur Pembinaan
6.Pelukis Pelan Ukur
7.Operator Underground Survey And Mapping
8.Penyelenggara Peralatan Ukur (Penolong Juruteknik)
9.Penolong Jurukur (JA5)
Butiran Penyedia Latihan TVET
NO. 8, WANGSA 118, WANGSA DELIMA,
WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR