Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini dirangka bagi memberi pendedahan awal kepada peserta tentang pelaksanaan Audit Tenaga Awalan (Preliminary Energy Audit) di sesebuah fasiliti. Audit tenaga awalan merupakan langkah penting bagi mengenal pasti potensi penambahbaikan penggunaan tenaga dengan kos yang rendah serta menentukan kawasan yang memerlukan kajian atau audit yang lebih mendalam pada masa hadapan.
Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan kepada proses pengumpulan data asas, semakan bil utiliti dan maklumat operasi fasiliti, serta kaedah menganalisis data tersebut untuk mengesan pembaziran atau ketidakcekapan tenaga. Hasil daripada audit ini akan dijadikan asas bagi merangka strategi penjimatan tenaga serta menyokong pelaksanaan audit tenaga seterusnya.
Di akhir kursus, peserta berupaya untuk:
- Merancang audit tenaga awalan.
- Mengumpul data berkaitan audit tenaga awalan.
- Menganalisis data audit tenaga awalan.
- Menyediakan laporan aktiviti audit tenaga awalan.
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
Kompleks Pentadbiran Utama,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Kampus Gambang),
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,