Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Penjaga Jentera Elektrik (PJE) Kategori A4 merupakan salah satu sijil kompetensi profesional yang dikawal selia sepenuhnya oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.

Secara ringkasnya, pemegang perakuan A4 adalah individu yang diberi kuasa untuk mengendali, menyenggara dan mengawal jentera elektrik serta sistem voltan rendah.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Profesional
Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1 Pemohon mesti:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Pemohon hendaklah berumur:

Umur Minimum : 20
Umur Maksimum : 65


Dan

3. KELAYAKAN AKADEMIK
3.1 Kelayakan minima pemohon ialah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Pemohon mesti:
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Dan

5. LAIN-LAIN SYARAT
5.1 Pemohon layak memohon sekiranya:
1. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang sekurang-kurangnya 2 tahun

Tempoh Pengajian
10 Bulan
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya bagi pemegang sijil kompeten Penjaga Jentera Elektrik A4:

1. Sektor Perindustrian & Pembuatan
Hampir semua kilang (automotif, makanan, elektronik, minyak & gas) memerlukan Chargeman A4.

Peranan: Menguruskan pencawang elektrik kilang, memastikan mesin tidak terhenti (zero downtime), dan menyelia sistem kabel bawah tanah di kawasan kompleks industri.

2. Pengurusan Fasiliti & Bangunan Komersial
Bangunan tinggi seperti hotel, pusat beli-belah, hospital, dan kompleks kerajaan memerlukan individu kompeten untuk operasi harian.

Peranan: Penyelenggaraan sistem lampu jalan (talian atas), sistem pencegah kebakaran, dan janakuasa tunggu sedia (generator set).

3. Syarikat Kontraktor Elektrik
Bekerja dengan syarikat kontraktor yang menjalankan projek-projek infrastruktur untuk pihak seperti TNB, SESB, atau pemaju hartanah.

Peranan: Mengetuai pasukan untuk pemasangan kabel bawah tanah atau penyelenggaraan talian atas di kawasan perumahan dan komersial.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
Alamat
BANDAR BARU SALAK TINGGI
43900 SEPANG, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MOHD PAUZI BIN PAIMAN
Telefon
03-87061720
Emel
helpdesk.iktbnspg@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus Kompeten A4
;