Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2) secara separuh masa merupakan program latihan kemahiran yang memberi pendedahan kepada asas teori dan latihan praktikal dalam kerja-kerja pendawaian elektrik domestik. Peserta akan mempelajari aspek keselamatan elektrik, penggunaan peralatan, pemasangan litar lampu dan soket serta kaedah pengujian asas sistem pendawaian. Pelaksanaan secara separuh masa memberi peluang kepada individu yang telah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dengan majikan yang berdaftar dengan ST untuk meningkatkan kemahiran tanpa mengganggu komitmen harian.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Badan Professional
Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1 Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Umur pemohon

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 60


Dan

3. KELAYAKAN AKADEMIK
3.1 Kelayakan minimum

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Pemohon mestilah
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

5. UMUM
5.1 Pemohon mestilah
1. Mempunyai dua tahun pengalaman bekerja berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik dengan kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
2. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik di atas bagi tempoh dua (2) tahun pengalaman berkenaan yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
3. Mengadakan penyata KWSP atau SOCSO bukti pengalaman kerja dua (2) tahun tersebut atau lebih.
4. Sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5 sekolah bantuan kerajaan

Tempoh Pengajian
240 Jam
Prospek Kerjaya
Kursus ini menyediakan pelajar untuk kerjaya di dalam industri kejuruteraan elektrik. memberi prospek kerjaya sebagai Pendawai Elektrik Satu Fasa di sektor awam atau industri, Juruteknik di sektor awam atau industri, tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang Pendawai Elektrik kategori PW4 atau bidang Penjaga Jentera Elektrik kategori A0 atau A1

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR
Alamat
BANDAR SERI ISKANDAR
32600 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK
Negeri
PERAK
Penyelaras
WAN KHAIRUL IZZUDDIN BIN ZAHUDIE
Telefon
05-3711300
Emel
wan.khairul@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa (Sabtu & Ahad)
;