Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2) secara separuh masa merupakan program latihan kemahiran yang memberi pendedahan kepada asas teori dan latihan praktikal dalam kerja-kerja pendawaian elektrik domestik. Peserta akan mempelajari aspek keselamatan elektrik, penggunaan peralatan, pemasangan litar lampu dan soket serta kaedah pengujian asas sistem pendawaian. Pelaksanaan secara separuh masa memberi peluang kepada individu yang telah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dengan majikan yang berdaftar dengan ECoS untuk meningkatkan kemahiran tanpa mengganggu komitmen harian.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Profesional
Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1 Pemohon mesti:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Pemohon hendaklah berumur:

Umur Minimum : 20
Umur Maksimum : 65


Dan

3. KELAYAKAN AKADEMIK
3.1 Kelayakan minima pemohon ialah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Syarat tambahan pemohon ialah:
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

5. LAIN-LAIN SYARAT
5.1 Lain-lain syarat pemohon ialah:
1. Temuduga
2. Sijil lain

Tempoh Pengajian
6 Bulan
Prospek Kerjaya
Kursus ini menyediakan pelajar untuk kerjaya di dalam industri kejuruteraan elektrik. memberi prospek kerjaya sebagai Pendawai Elektrik Satu Fasa di sektor awam atau industri, Juruteknik di sektor awam atau industri, tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang Pendawai Elektrik kategori PW4 atau bidang Penjaga Jentera Elektrik kategori A0 atau A1

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KINARUT
Alamat
W.D.T 16, JLN LIMAU-LIMAUAN
89609 KINARUT
SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
JANUIN JOHNY
Telefon
088-755929
Emel
januinjohny@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa (Sabtu & Ahad)
;