Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus CSTP (RACs) merupakan program latihan TVET berasaskan kompetensi yang memberi penekanan kepada kemahiran praktikal dan pengetahuan teknikal dalam sistem penyejukan dan penyaman udara (Refrigeration & Air Conditioning Systems). Kursus ini direka bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang berkeupayaan menjalankan kerja pemasangan, penyelenggaraan, pengujian, pembaikan dan troubleshooting sistem HVAC bagi aplikasi domestik dan komersial.

Latihan ini merangkumi pemahaman asas termodinamik, refrigerant cycle, komponen utama sistem HVAC, kawalan elektrik, amalan keselamatan, serta prosedur kerja mengikut standard industri. Graduan CSTP (RACs) akan dibekalkan dengan kemahiran yang selari dengan keperluan industri semasa dan menyokong agenda pembangunan tenaga kerja berkemahiran negara.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil
Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1 Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Pemohon Hendaklah:

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 65


Dan

3. KELAYAKAN AKADEMIK
3.1 Kelayakan Minima Pemohon:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Pemohon Haruslah:
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Tempoh Pengajian
3 Hari
Prospek Kerjaya
Peserta yang mengikuti kursus ini berpeluang menceburi kerjaya dalam bidang penyelenggaraan dan servis sistem penyaman udara serta peralatan penyejukbekuan. Kemahiran yang diperoleh membolehkan peserta bekerja sebagai Juruteknik Penyaman Udara, Juruteknik Penyejukbekuan, atau Pembantu Juruteknik di sektor industri, komersial, kediaman, dan fasiliti awam.

Selain itu, kursus ini juga membuka peluang untuk meningkatkan kompetensi profesional, memperoleh pengiktirafan sijil teknikal, dan memperluas kebolehpasaran dalam industri HVAC (Heating, Ventilation, Air Conditioning) serta penyejukan, selaras dengan standard keselamatan dan piawaian industri.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KINARUT
Alamat
W.D.T 16, JLN LIMAU-LIMAUAN
89609 KINARUT
SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
JANUIN JOHNY
Telefon
088-755929
Emel
januinjohny@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa (Jumaat hingga Ahad)
;