Kursus TVET

PEMASANGAN PERANCAH TAHAP 1

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KINARUT , SABAH

Pengenalan Kursus

Kursus Pemasangan Perancah Tahap 1 bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas kepada peserta mengenai pemasangan, penggunaan, dan penyelenggaraan perancah secara selamat di tapak kerja. Kursus ini menekankan aspek keselamatan, pengendalian peralatan, serta pematuhan kepada standard dan prosedur kerja yang ditetapkan.

Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari teknik pemasangan perancah, pemeriksaan kestabilan, pengurusan risiko, serta langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kemalangan. Program ini sesuai untuk individu yang ingin meningkatkan kemahiran dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan struktur perancah.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Tempoh Pengajian
9 Hari
Prospek Kerjaya
eserta yang mengikuti kursus ini berpeluang menceburi kerjaya dalam bidang pembinaan, khususnya dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan pemeriksaan perancah di tapak projek. Kemahiran yang diperoleh membolehkan peserta bekerja sebagai Pemasang Perancah, Pembantu Tapak Binaan, atau Juruteknik Keselamatan Tapak Binaan.

Selain itu, pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pematuhan standard perancah meningkatkan kebolehpasaran peserta dalam industri pembinaan serta memberi asas untuk melanjutkan latihan ke peringkat lanjutan atau mendapatkan pengiktirafan keselamatan tambahan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon mestilah :
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah :

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah sekurang - kurangnya :

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah :
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KINARUT
Alamat
W.D.T 16, JLN LIMAU-LIMAUAN
89609 KINARUT
SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
JANUIN JOHNY
Telefon
088-755929
Emel
januinjohny@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa selama 10 hari

Kemahiran dalam pemasangan perancah amat diperlukan dalam sektor pembinaan, minyak dan gas serta penyelenggaraan loji industri, sekali gus membuka peluang pekerjaan yang luas kepada peserta.
;