Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Suruhanjaya Tenaga di bawah peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 telah mentauliahkan IKTBN Bukit Mertajam sebagai pusat latihan dan peperiksaan kekompetenan dalam kategori-kategori yang berkaitan secara separuh masa. Kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan secara teori dan amali dan seterusnya mendapat sijil kekompetenan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil
Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 20
Umur Maksimum : 60


Dan

3. MAKLUMAT TAMBAHAN - WAJIB LAMPIRKAN SEMASA MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN EXAM ST KEPADA PENGAJAR PJE.
3.1
1. Memiliki buku log yang berkaitan dengan elektrik dan radas hidup sekurang-kurangnya tiga (3) tahun ke atas dan disahkan oleh orang kompeten yang setara atau tinggi.
2. Mencarum dengan KWSP atau SOCSO
3. SPM atau Sijil Tamat Tingkatan 5
4. Surat akuan majikan (testimoni majikan) sekarang dan majikan yang terdahulu
5. Resit pendaftaran orang kompeten yang berdaftar dengan syarikat sekarang dan Salinan sijil A1 orang kompeten tersebut atau yang lebih tinggi
6. Pengalaman kerja berkaitan radas hidup/elektrik sekurang-kurangnya tiga (3) tahun ke atas
7. Mempunyai pengalaman kerja talian atas voltan rendah satu (1) tahun ke atas dan dikemaskinikan dalam buku log serta pengesahan orang kompetan A1 sekurang-kurangnya.

Tempoh Pengajian
540 Jam
Prospek Kerjaya
Kursus dan peperiksaan kekompetenan secara separuh masa ini dapat menyediakan peluang kepada calon-calon persendirian yang sedang bekerja dalam bidang berkaitan untuk menambahkan pengetahuan, meningkatkan kemajuan diri serta kerjaya. Melalui kursus ini, calon-calon dapat mengikuti pelajaran teori dan amali secara teratur dan sistematik dalam masa yang lebih fleksibel sebelum calon-calon tersebut menduduki peperiksaan kekompetenan berkenaan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM
Alamat
JALAN BERAPIT
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
KHADIJAH BINTI AHZAHRI
Telefon
011-5856 1846
Emel
hepiktbnbm@gmail.com
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Calon-calon persendirian yang sedang bekerja dalam bidang berkaitan dan berminat untuk meningkatkan kemajuan diri serta kerjaya boleh memohon untuk menjalani kursus dan peperiksaan kekompetenan Pendawai dan Penjaga Jentera melalui IKTBN Bukit Mertajam.
;