Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa (Tahap 3) ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir di peringkat penyeliaan yang kompeten dalam mengendalikan sistem elektrikal voltan rendah bagi memenuhi piawaian keselamatan dan industri elektrik negara. Fokus utama program adalah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal lanjutan merangkumi lukisan elektrik tiga fasa, pendawaian serta pengujian dan pentauliahan (testing & commissioning) sistem tiga fasa. Melalui pendekatan latihan amali yang intensif termasuk pemasangan sistem motor, penyelenggaraan sistem elektrikal, serta pemasangan Sistem Automasi Bangunan (BAS), program ini bermatlamat untuk membentuk juruelektrik yang profesional, mahir dalam aspek penyeliaan pemasangan, serta mempunyai asas kepakaran yang mantap untuk memulakan kerjaya sebagai penyelia tapak .

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1

Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa [F432-005-2:2019] Atau

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa [EE-320-2:2012]


Dan

2. Umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60


Dan

3. Kewarganegaraan
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Lain-lain
4.1 Syarat Wajib bagi menyertai kursus ini.
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Three-Phase Electrician;
• Pendawai bertauliah yang melakukan pemasangan papan agihan elektrik tiga fasa, litar kuasa industri, dan memastikan sistem pembumian bangunan berfungsi dengan selamat.
2. Electrical Maintenance Supervisor
• Penyelia yang merancang jadual penyelenggaraan berkala bagi motor elektrik dan sistem automasi bangunan (BAS) untuk mengelakkan gangguan bekalan kuasa di kilang atau pejabat.


Deskripsi jawatan di atas adalah merupakan idea dan gambaran umum tugasan bagi prospek kerjaya yang berkaitan dengan kursus di Riamtec. Skop kerja sebenar mungkin berbeza mengikut polisi syarikat dan keperluan semasa industri. Ini berfungsi sebagai panduan aspirasi kerjaya bagi pelajar.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT TEKNOLOGI RIAM
Alamat
LOT 1305, 3.5 MILES RIAM ROAD,
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
Diana Frederick Uyo
Telefon
085-613371
Emel
erichii@riamtec.edu.my
Laman Web
www.riamtec.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Transformasi minat anda menjadi kerjaya profesional melalui latihan berimpak tinggi yang diiktiraf sepenuhnya oleh industri.
Kenapa Pilih Program Kami?
1. Fokus Industri: Program berasaskan 70% Latihan Praktikal & 30% Teori bagi memastikan penguasaan kemahiran hands-on yang jitu.
2. Tempoh Pantas: Graduan kompeten dalam masa singkat (9 hingga 12 bulan sahaja).
3. Laluan Kerjaya: Laluan ke peringkat lebih tinggi terbuka ke SKM Tahap 3 & DKM Tahap 4 (Diploma) secara berterusan di bawah satu bumbung.

Kelebihan Eksklusif di Riamtec:
1. Fasiliti Antara Yang Terbaik: Mempunyai kemudahan bengkel dan makmal bertaraf industri yang merupakan antara yang terbaik di Sarawak, serta direka khas untuk memenuhi standard industri semasa.
2. Penginapan Selesa: Kemudahan Asrama Dalam Kampus yang selamat, strategik, dan kondusif bagi memudahkan fokus pembelajaran pelajar.
3. Ekosistem Pembelajaran Dinamik: Persekitaran kampus yang luas dan lengkap untuk pembangunan sahsiah, disiplin, dan kemahiran teknikal yang menyeluruh.
;