Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Diagnosis Elektrikal Automotif (Tahap 4) ini bertujuan melahirkan pakar teknikal dan pengurusan yang kompeten dalam mengendalikan sistem elektronik kenderaan generasi baharu bagi memenuhi keperluan industri automotif moden. Fokus utama program adalah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran diagnostik tahap tinggi merangkumi Sistem Pengurusan Enjin (EMS), sistem elektrikal badan dan casis, serta sistem rangkaian kuasa (powertrain) yang kompleks. Melalui pendekatan latihan amali yang mendalam termasuk diagnosis sistem bantuan pemanduan canggih (Advanced Driver Assistance System - ADAS), program ini bermatlamat untuk membentuk graduan yang profesional, memiliki daya analisis yang tajam dalam penyelesaian masalah elektrikal, serta mempunyai kelayakan kepakaran yang mantap untuk memegang jawatan pengurusan teknikal atau memulakan kerjaya sebagai pakar diagnostik dalam industri automotif.
Maklumat Latihan TVET
SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN [G452-002-3:2018]
Dan
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60
Dan
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
• Pakar teknikal tertinggi yang menganalisis sistem kenderaan moden seperti ADAS (sistem bantuan pemanduan) dan integrasi rangkaian kuasa elektrikal.
2. Technical Service Manager;
• Pengurus yang bertanggungjawab ke atas kecekapan teknikal pusat servis, menguruskan aduan teknikal yang rumit, dan memastikan standard pengeluar kenderaan dipatuhi.
Deskripsi jawatan di atas adalah merupakan idea dan gambaran umum tugasan bagi prospek kerjaya yang berkaitan dengan kursus di Riamtec. Skop kerja sebenar mungkin berbeza mengikut polisi syarikat dan keperluan semasa industri. Ini berfungsi sebagai panduan aspirasi kerjaya bagi pelajar.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Kenapa Pilih Program Kami?
1.Fokus Industri: Program berasaskan 70% Latihan Praktikal & 30% Teori bagi memastikan penguasaan kemahiran hands-on yang jitu.
2. Tempoh Pantas: Graduan kompeten dalam masa singkat (9 hingga 12 bulan sahaja).
3. Laluan Kerjaya: Laluan ke peringkat lebih tinggi terbuka ke SKM Tahap 3 & DKM Tahap 4 (Diploma) secara berterusan di bawah satu bumbung.
Kelebihan Eksklusif di Riamtec:
1. Fasiliti Antara Yang Terbaik: Mempunyai kemudahan bengkel dan makmal bertaraf industri yang merupakan antara yang terbaik di Sarawak, serta direka khas untuk memenuhi standard industri semasa.
2. Penginapan Selesa: Kemudahan Asrama Dalam Kampus yang selamat, strategik, dan kondusif bagi memudahkan fokus pembelajaran pelajar.
3. Ekosistem Pembelajaran Dinamik: Persekitaran kampus yang luas dan lengkap untuk pembangunan sahsiah, disiplin, dan kemahiran teknikal yang menyeluruh.