Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Penyediaan dan Penghasilan Makanan (Tahap 2) ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam bidang kulinari bagi memenuhi piawaian industri hospitaliti dan perkhidmatan makanan. Fokus utama program adalah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal hands-on merangkumi teknik potongan bahan, pelbagai kaedah memasak, serta penghasilan stok, sos, sup, dan hidangan utama berasaskan sayur-sayuran mahupun daging. Melalui pendekatan latihan amali yang intensif termasuk penyediaan sarapan, salad, sandwich, dan pencuci mulut, program ini bermatlamat untuk membentuk graduan yang profesional, mengutamakan prosedur kebersihan dan keselamatan dapur (Kitchen Hygiene), serta mempunyai asas kulinari yang kukuh untuk memulakan kerjaya atau menyambung pengajian ke peringkat tahap yang lebih tinggi di Riam Institute of Technology
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60
Dan
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
• Jawatan asas di dapur profesional untuk membantu penyediaan bahan mentah dan memasak hidangan.
2. Catering Manager;
• Menguruskan penyediaan makanan untuk majlis-majlis besar atau perkhidmatan katering.
3. Kitchen Commis (Cruise Ship);
• Antara pilihan kerjaya di kapal persiaran antarabangsa bagi mereka yang memenuhi kriteria tambahan industri.
4. Demi Chef;
• Jawatan penyeliaan bagi stesen dapur tertentu setelah memperoleh pengalaman kerja yang mencukupi.
Senarai jawatan di atas adalah merupakan gambaran prospek kerjaya atau idea jawatan yang relevan dengan bidang pengajian sebagai rujukan am sahaja. Pihak Institut Teknologi Riam tidak menjamin sebarang penempatan pekerjaan secara automatik. Kejayaan dalam memperoleh jawatan tersebut bergantung sepenuhnya kepada prestasi akademik, kemahiran individu, pengalaman kerja, serta syarat-syarat pengambilan yang ditetapkan oleh pihak majikan atau industri berkaitan.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Kenapa Pilih Program Kami?
1. Fokus Industri: Program berasaskan 70% Latihan Praktikal & 30% Teori bagi memastikan penguasaan kemahiran hands-on yang jitu.
2. Tempoh Pantas: Graduan kompeten dalam masa singkat (9 hingga 12 bulan sahaja).
3. Laluan Kerjaya: Laluan ke peringkat lebih tinggi terbuka ke SKM Tahap 3 & DKM Tahap 4 (Diploma) secara berterusan di bawah satu bumbung.
Kelebihan Eksklusif di Riamtec:
1. Fasiliti Antara Yang Terbaik: Mempunyai kemudahan bengkel dan makmal bertaraf industri yang merupakan antara yang terbaik di Sarawak, serta direka khas untuk memenuhi standard industri semasa.
2. Penginapan Selesa: Kemudahan Asrama Dalam Kampus yang selamat, strategik, dan kondusif bagi memudahkan fokus pembelajaran pelajar.
3. Ekosistem Pembelajaran Dinamik: Persekitaran kampus yang luas dan lengkap untuk pembangunan sahsiah, disiplin, dan kemahiran teknikal yang menyeluruh.