Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Operasi Seni Kulinari (Tahap 3) ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir di peringkat penyeliaan yang kompeten dalam operasi dapur profesional bagi memenuhi standard industri kulinari dan hospitaliti global. Fokus utama program adalah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal yang lebih mendalam merangkumi penyediaan hidangan utama (Main Course), penghasilan pelbagai jenis pasta, mi, dan hidangan berasaskan nasi serta farinaseus. Melalui pendekatan latihan amali yang intensif termasuk pembuatan sup tahap pertengahan, pelbagai sos, serta seni persembahan pencuci mulut (Plated Dessert), program ini bermatlamat untuk membentuk cef yang berkaliber, mahir dalam memantau prosedur kebersihan dan keselamatan dapur, serta mempunyai kepakaran operasi yang mantap untuk memegang jawatan penyeliaan atau menyambung pengajian ke peringkat Diploma (DKM) di Riamtec.
Maklumat Latihan TVET
PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN MAKANAN [I561-005-2:2022] Atau
Penyediaan & Pembuatan Makanan [HT-012-2:2012] Atau
Penyedia Makanan [L-041-2] Atau
Penyedia Makanan [L-040-2]
Dan
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60
Dan
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
2. Catering Supervisor: Penyelia yang menguruskan logistik makanan, susun atur bufet, dan kualiti hidangan bagi majlis perkahwinan, acara korporat, atau kafeteria besar.
Deskripsi jawatan di atas adalah merupakan idea dan gambaran umum tugasan bagi prospek kerjaya yang berkaitan dengan kursus di Riamtec. Skop kerja sebenar mungkin berbeza mengikut polisi syarikat dan keperluan semasa industri. Ini berfungsi sebagai panduan aspirasi kerjaya bagi pelajar.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Kenapa Pilih Program Kami?
1. Fokus Industri: Program berasaskan 70% Latihan Praktikal & 30% Teori bagi memastikan penguasaan kemahiran hands-on yang jitu.
2. Tempoh Pantas: Graduan kompeten dalam masa singkat (9 hingga 12 bulan sahaja).
3. Laluan Kerjaya: Laluan ke peringkat lebih tinggi terbuka ke SKM Tahap 3 & DKM Tahap 4 (Diploma) secara berterusan di bawah satu bumbung.
Kelebihan Eksklusif di Riamtec:
1. Fasiliti Antara Yang Terbaik: Mempunyai kemudahan bengkel dan makmal bertaraf industri yang merupakan antara yang terbaik di Sarawak, serta direka khas untuk memenuhi standard industri semasa.
2. Penginapan Selesa: Kemudahan Asrama Dalam Kampus yang selamat, strategik, dan kondusif bagi memudahkan fokus pembelajaran pelajar.
3. Ekosistem Pembelajaran Dinamik: Persekitaran kampus yang luas dan lengkap untuk pembangunan sahsiah, disiplin, dan kemahiran teknikal yang menyeluruh.