Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Dandanan Rambut – Tahap 2

Kursus Dandanan Rambut Tahap 2 direka untuk membina kemahiran asas yang kukuh dalam industri salon. Pelatih akan mempelajari teknik penjagaan rambut, potongan asas, pewarnaan asas dan penggayaan rambut melalui gabungan teori dan latihan amali bersama pelanggan sebenar. Sesuai untuk mereka yang ingin memulakan kerjaya sebagai Pembantu Pendandan Rambut dan melangkah ke tahap profesional.

Kursus Dandanan Rambut – Tahap 3

Kursus Dandanan Rambut Tahap 3 memberi latihan lanjutan berorientasikan industri bagi melahirkan pendandan rambut mahir dan berkeyakinan. Fokus kepada potongan dan pewarnaan lanjutan, rawatan profesional serta latihan amali intensif bersama pelanggan sebenar. Lulusan berpeluang menjadi Pendandan Rambut Profesional, Penyelia Salon, atau membuka salon sendiri.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Minimum 16 tahun ke atas, Minat dalam bidang dandanan rambut, tidak ada masalah rabun mata, boleh membaca, menulis & komunikasi asas
1.1 Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang kecantikan Mampu membaca dan menulis (Bahasa Melayu atau English) untuk: Memahami nota pembelajaran Mengikuti arahan latihan Mengisi rekod atau log book Bersedia untuk belajar secara teori dan praktikal Mempunyai sikap positif seperti: Rajin Berdisiplin Bertanggungjawab

Atau

1.2
1. Warganegara Malaysia, Berumur 16 tahun ke atas, Minimum boleh membaca, menulis dan mengira Mempunyai minat dalam bidang dandanan rambut Sihat tubuh badan & tiada rabun warna Mempunyai sikap: Berdisiplin Bertanggungjawab Mesra pelanggan Bersedia mengikuti latihan teori & praktikal sepenuhnya


Atau

1.3
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Pendandan Rambut Profesional, Penyelia Salon atau Freelance / Bisnes sendiri (usahawan)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
THE STYLING PAVILION ACADEMY
Alamat
18-2, JALAN PJS 8/17, DATARAN MENTARI
46150 PETALING JAYA SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
YEOW YUEK MEI
Telefon
03-56117013
Emel
info@stylingpavilion.edu.my
Laman Web
www.stylingpavilion.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian dibiayai separuh oleh PTPK dengan adanya elaun sara diri diberi sebanyak RM800 sebulan selama 12 bulan. Hostel penginapan disediakan jika perlu dengan bayaran sebanyak RM 210 sebulan.

Kandungan kursus yang ditawarkan merangkumi keseluruhan pengetahuan dan kemahiran yang amat diperlukan dalam industri dandanan rambut. Graduan berpeluang memperoleh tawaran pekerjaan di dalam Malaysia mahupun di luar negara dengan lebih mudah kerana latihan yang diberikan bukan sahaja menggunakan patung kepala, malah 80% daripada tempoh latihan adalah berbentuk amali bersama pelanggan sebenar.
;