Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Diploma Seni Kulinari direka bentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang seni masakan. Program ini menyediakan peluang kepada pelajar dalam membangunkan kemahiran masakan melalui kaedah hands-on dengan persekitaran dan peralatan di dalam dapur yang lengkap.

Program ini membolehkan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam industri perkhidmatan makanan dengan pendedahan pengetahuan sanitasi di dalam perkhidmatan makanan, nutrisi, teori makanan, asas masakan barat, masakan Malaysia, masakan asia, masakan antarabangsa, penyajian makanan dan minuman, perancangan menu, penyediaan roti dan pastri, operasi perkhidmatan makanan komersil, kawalan kos makanan dan minuman dan pengurusan sumber manusia. perkhidmatan pelanggan dan keusahawanan yang diberikan. Program ini juga, menggabungkan amali dan pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar juga akan menjalani enam bulan latihan industri yang berstruktur bertujuan memberi pelajar kemahiran dan pengalaman di tempat kerja dan pendidikan akademik yang berkaitan sekaligus membolehkan mereka memasuki alam pekerjaan dengan penuh dedikasi sebaik sahaja tamat pengajian.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
30 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan industri penyediaan makanan yang membolehkan pelajar mengisi pelbagai jenis kerjaya dalam bidang penyediaan makanan termasuk hotel, restoran, perniagaan katering dan pelayaran kapal pesiar dan lain-lain. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

Chef
Caterer / Perkhidmatan Katering
Food Suppliers / Pembekal makanan
Pastry Chef / Chef Pastri
Bakery Chef / Chef Bakeri
Personal Chef
Kitchen Artist
Kitchen Coordinator
Culinary Instructor
Kitchen Assistant
Entrepreneur / Usahawan
Cookbook Author / Pengarang buku masakan
Banquet Supervisor / Penyelia Jamuan
Food And Beverage Supervisor / Penyelia Makanan dan Minuman
Assistant Kitchen Manager

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
Alamat
KM 10, JALAN KONG KONG, 81700, PASIR GUDANG, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
ROSZITA BINTI JAFFAR
Telefon
07-2611317
Emel
roszitajaffar@yahoo.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Warganegara Malaysia
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Lulus Bahasa Melayu
Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
Lulus Bahasa Inggeris
Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana - mana mata pelajaran

Lulusan selain SPM:

Warganegara Malaysia
Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam bidang berkaitan;
ATAU
Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
(Calon perlu lulus saringan dan dikehendaki mengikuti program pengukuhan yang disediakan)
ATAU
Lulus pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat:
Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104; dan
PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00; dan
PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67; dan
Kompeten semua modul vokasional; dan
Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251
ATAU
Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
1 Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
Certificate in Culinary Arts
Certificate in Food & Beverage Service
Certificate In Recreational Tourism
Certificate in Room Division
Sijil Kulinari
Sijil Pastri
Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
Sijil Pengembaraan Pelancongan
Sijil Pengendalian Acara
2 Lulusan Kolej Vokasional Tahap 3, KKM
Bakeri & Pastri
Seni Kulinari
3 Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
Pembuatan Pastri (HT-014-3:2011)
Penyediaan & Pembuatan Makanan (HT-012-3:2012)

Lulusan APEL:

Warganegara Malaysia
Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
;