Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau) direka untuk meliputi disiplin kejuruteraan elektrik, dengan penekanan pada bidang tenaga hijau. Asas elektrik dan elektronik yang merangkumi prinsip-prinsip elektrik dan elektronik, asas dan pengaturcaraan komputer, peranti semikonduktor, pendawaian elektrik, sistem kuasa dan reka bentuk dibantu komputer memberikan kepelbagaian kepada graduan. Menjelang akhir program, pelajar dilengkapi dengan kursus pengkhususan yang merangkumi Asas Tenaga Hijau, Sistem Tenaga Hijau, Kecekapan Tenaga dan Pengurusan dan Integrasi Sistem Tenaga Hijau.

Selain pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus seperti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Ko-kurikulum dan Keusahawanan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam kejuruteraan elektrik dengan pengkhususan dalam tenaga hijau yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam kebanyakan pembekal tenaga, perunding pengurusan tenaga dan industri perkilangan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:
Pegawai Tenaga
Penolong Juruaudit Tenaga
Juruteknik Tenaga
Penolong Jurutera Tenaga
Penyelia Kejuruteraan Elektrik
Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Elektrik
Penolong Jurutera
Juruteknik elektrik
Wind Turbine Technician
Solar Installer
Clean Car Engineer
Sustainable Builder
Sustainability Professional

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK JELI KELANTAN
Alamat
Jalan Raya Timur-Barat
17600 Jeli
Kelantan.
Negeri
KELANTAN
Penyelaras
-
Telefon
09-944 3600
Emel
admin@pjk.edu.my
Laman Web
http://www.pjk.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Lepasan SPM
Warganegara Malaysia
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Lulus Bahasa Melayu
Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
Lulus Bahasa Inggeris
Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
Matematik
SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran

Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains

Lulusan selain SPM
Warganegara Malaysia
Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
ATAU
Lulus pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat:
Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104; dan
PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00; dan
PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67; dan
Kompeten semua modul vokasional; dan
Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251
ATAU
Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
1 Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kawalan)
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Komputer)
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perubatan)
Sijil Kejuruteraan Elektrik (Petroleum)
Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
Sijil Kejuruteraan Elektronik (Petroleum)
2 Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
Sijil Pemasangan Elektrik
Sijil Teknologi Elektrik
Sijil Teknologi Elektrik Pemasangan dan Perkhidmatan
3 Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
Sijil Kejuruteraan Elektrik
Sijil Teknologi Elektrik
4 Lulusan Kolej Vokasional Tahap 3, KKM
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
5 Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumentasi)
Sijil Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik
6 Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
Electrical Chargeman A0 (Low Voltage) (EE-302-3:2014)
Electrical Chargeman A1 (Low Voltage) (EE-303-3:2014)
Electrical Chargeman A4 (Low Voltage) (EE-304-3:2014)
Juruelektrik (Pendawaian) (EE-310-3 :)
Juruteknik Elektrik Kanan (C-051-3 :)
Juruteknik Kanan Alatan Kepersisan Elektrik (C-060-3:)
Juruteknik Kanan Alatan Kepersisan Elektrikal (EE-130-3:)
LT Overhead Installation, Operation & Maintenance (EE-211-3:2012)
Operasi Pembuatan Panel Solar (EE-212-3:2012)
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrikal & LED (EE-322-3:2013:)
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Tiga Fasa (EE-320-3:2012:)
Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem PV Solar (EE-213-3:2014)
Pencantum Kabel Voltan Tinggi (EE-300-3:)
Pengamal Pemasangan dan Penyelenggaraan Solar (EE-210-3)
Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah (C-030-3 :)
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
;