Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Pembangunan kursus ini telah memenuhi standard yang ditetapkan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) yang mana telah merujuk kepada Civil Aviation Directives 1801 (CAD1801) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang telah menetapkan keperluan mematuhi silibus Part 66 dan standard industri. Ia mengandungi set tugas dan aktiviti yang berstruktur yang membolehkan seseorang mencapai kompetensi dalam sektor penyelenggaraan pesawat.
Kursus ini ditawarkan kepada belia lepasan SPM yang berminat untuk menjalani latihan asas operasi penyelenggaraan pesawat selama 2 tahun.
Halatuju latihan selepas program ini adalah samada menyambung latihan ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia atau menjalani latihan persijilan akreditasi CAAM samada Juruteknik Pesawat Berlesen atau Jurutera Pesawat Berlesen di Organisasi Latihan Penyelenggaraan 147 (MTO147)

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1 Pemohon Wajib Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Umur
2.1 Had umur

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45


Atau

2.2 Pemohon Wajib Warganegara Malaysia

Atau

2.3 Maklumat fizikal
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 Kelayakan Akademik
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
1249 SEJARAH Wajib E

Dan

4. Syarat tambahan
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat di oraganisasi MRO, syarikat penerbangan, syarkat kargo udara, syarikat penerbangan am, syarikat pembuatan komponen pesawat

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN TEKNIKAL MEATECH
Alamat
NO. 1, 3 & 5, JALAN UTL 4, BANDAR UNIVERSITI TEKNOLOGI LAGENDA, 71700 MANTIN, NEGERI SEMBILAN
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
ZAIRULMASNI BINTI ABD RAHMAN
Telefon
06-758 7096 / 7
Emel
mail@meatech.edu.my
Laman Web
www.matc.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Pembiayaan yuran latihan dan Elaun Sara Hidup (ESH) disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
2. Pihak Penyedia Latihan menyediakan kemudahan asrama secara percuma untuk Semester 1 sahaja. Terdapat banyak kemudahan sewa rumah berhampiran dengan premis Penyedia Latihan.
;