Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Operasi Seni Kulinari (Kod NOSS: I561-005-3:2022) merupakan satu program latihan kemahiran yang dirangka khusus bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kulinari. Kursus ini berasaskan sistem National Occupational Skills Standard (NOSS) dan diselaraskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Kursus ini memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran praktikal dan teori dalam penyediaan makanan, pengendalian dapur profesional, pemilihan bahan mentah, pengurusan keselamatan makanan serta penyampaian perkhidmatan kulinari yang berkualiti. Pelatih akan dilatih untuk menguasai teknik memasak mengikut piawaian industri termasuk makanan tempatan dan antarabangsa, hiasan makanan (food presentation), serta kemahiran pengurusan asas dapur.

Melalui program ini, pelatih bukan sahaja akan memperoleh kemahiran teknikal dalam penyediaan makanan, tetapi juga akan diterapkan dengan nilai-nilai kerja profesional seperti kebersihan, keselamatan, kreativiti, komunikasi serta semangat kerja berpasukan. Sijil yang diperoleh membolehkan graduan untuk menceburi bidang kerjaya sebagai chef junior, pembantu dapur profesional, usahawan makanan dan pelbagai jawatan dalam industri hospitaliti dan perkhidmatan makanan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
3 Bulan
Prospek Kerjaya
COMMIS 1 / COMMIS 2

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ JUARASA
Alamat
N0.8-G & 8-1,
JALAN BIDARA 7/1,
SAUJANA UTAMA 3,
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
NURZUANA BINTI SELAMAT
Telefon
03-60398342
Emel
KolejJuarasa2264@gmail.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Elaun sara diri one off rm600/bulan, hostel penginapan disediakan oleh pihak kolej RM150/bulan
Kandungan Kursus yang ditawarkan meliputi modul Penyediaan Dan Penghasilan Makanan dengan modul Operasi Seni Kulinari
;